ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembangunan kereta terbang tidak guna dana RM20 juta – Bukan keutamaan buat masa ini

Berita Tempatan

Views

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen dimaklumkan pembangunan “super drone” atau kereta terbang bukan keutamaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) buat masa ini. Portal Free Malaysia Today melaporkan, Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata, kementerian itu sebaliknya memberi tumpuan terhadap pembangunan keusahawanan khasnya perniagaan kecil dan sederhana serta mikro.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Beliau berkata, perkara itu dijelaskan Ketua Setiausaha MEDAC Suriani Ahmad dalam pembentangan tindakan susulan kementerian itu kepada PAC pada 11 November. Kata beliau, pembentangan MEDAC kepada PAC itu dibuat susulan daripada syor laporan PAC berhubung pembangunan “Mobiliti Udara” yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 28 Nov 2019.

Menurutnya, PAC turut berpuas hati dengan keterangan Jabatan Audit Negara yang menjalankan pengauditan terperinci terhadap Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dan mendapati tidak wujud penggunaan RM20 juta pelaburan anak syarikatnya iaitu Venture Tech Sdn Bhd (VTSB) dalam pembangunan kereta terbang.

Kata beliau lagi, PAC juga mendapati dokumen perjanjian pelaburan VTSB telah memperuntukkan dengan jelas bahawa RM20 juta pelaburan oleh VTSB tidak boleh digunakan untuk tujuan berkaitan kereta terbang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply