ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembantu rumah cedera parah dihempap Proton Saga dan pintu pagar besi

Berita Tempatan

Views

Seorang pembantu rumah wanita cedera parah dihempap pintu pagar besi dan kereta yang merempuh rumah majikannya di Taman Luyang di Kota Kinabalu, semalam.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, wanita berusia 41 tahun itu dihempap kira-kira 10 minit oleh pintu pagar besi dan kereta Proton Saga berkenaan sebelum diselamatkan anggota bomba.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.25 pagi.

Katanya, enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) bergegas ke lokasi kejadian.

Kemalangan membabitkan sebuah kereta hilang kawalan yang melanggar pagar rumah kemudiannya menghempap seorang wanita.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Mangsa yang mengalami kecederaan parah diberikan rawatan awal oleh pasukan ERMS sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Affendy berkata, pasukan operasi terpaksa menggunakan alat pemotong khas bagi mengalihkan pagar besi yang menghempap mangsa.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.58 pagi. Pemandu kereta iaitu lelaki berusia 47 tahun dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply