ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembayaran menerusi aplikasi Boost kini diterima di 800 buah stesen Shell

Berita Tempatan

Views

Boost dan Shell Malaysia semalam mengumumkan perkhidmatan pembayaran menerusi e-dompet kini boleh digunakan di 800 buah stesen Shell seluruh Malaysia. Kerjasama ini bakal memberikan pengalaman baharu kepada pelanggan menerusi cara pembayaran alternatif.

Kolaborasi ini bermula pada April 2019, dan kini perkhidmatan tersebut kini terdapai di lebih 80 peratus stesen Shell seluruh negara. Maklum balas mengenai pilihan pembayaran menerusi e-dompet begitu menggalakkan, sekaligus memberi motivasi kepada Boost dan Shell untuk membolehkannya tersedia di semua stesen Shell menjelang hujung bulan ini.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital Services Sdn Bhd, syarikat induk Boost, Mohd Khairil Abdullah berkata aplikasi ini pada mulanya hanyalah untuk pengguna pra bayar mudah alih untuk menambah nilai kredit mereka, namun sejak mendapat lesen ‘e-Money’ dari Bank Negara Malaysia, ia telah mendapat banyak sambutan.

Boost mahu pelanggan boleh membayar barangan dan perkhidmatan dengan cara yang mudah dan selamat. Kerjasama ini bakal memberikan lebih kemudahan kepada pengguna kerana mereka kini boleh menggunakan aplikasi ini di stesen Shell.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain pula berkata pelanggan Shell kini celik digital dan teknologi telah memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian mereka. Dengan bekerjasama dengan Boost, ia bakal memberikan pilihan pembayaran menerusi e-dompet semasa mengisi minyak dan membeli barangan di kedai Shell Select.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya

Menerusi aplikasi yang boleh dimuat turun dari App Store dan Google Play Store ini, pelanggan boleh menikmati pembayaran tanpa sebarang masalah, pemindahan wang yang mudah, e-baucar, e-hadiah dan menambah nilai pra bayar.

Boost kini mempunyai lebih 4 juta pengguna berdaftar dengan lebih 80,000 peniaga dan akan terus berkembang. Untuk meraikan kerjasama ini, Boost dan Shell bakal mengadakan promosi eksklusif bermula 14 Mei hingga 14 Jun, di mana pelanggan boleh menikmati dua (2) kali RM5 rebat tunai sekiranya mereka berbelanja RM40 dengan e-dompet Boost di stesen Shell terpilih.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply