ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembinaan jambatan kereta api pertama hubungkan China dan Rusia selesai

Berita Global

Views

Pembinaan jambatan kereta api pertama yang menghubungkan China dan Rusia siap dibina, kelmarin. Jambatan kereta api sepanjang 7.19 kilometer (km) itu dibina hasil usaha sama antara China dan Rusia, lapor media negara China Global Times.

Menurut Harian Metro, pembinaannya bermula pada 2014, ia menghubungkan bandar Tongjiang, di timur laut China dan Nizhneleninskoye di timur Rusia.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ketika pembinaan projek infrastruktur itu, ia menghadapi beberapa masalah, termasuk perbezaan pengukuran atau tolok di kedua-dua negara, selain keadaan musim sejuk yang teruk.

Bagaimanapun, jambatan kereta api ini akan memendekkan laluan antara Heilongjiang, wilayah paling utara China, dan Moscow dengan jarak lebih dari 800 km berbanding dengan sambungan kereta api semasa.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Integrasi lebih lanjut dengan Rusia dapat menyumbang pada revitalisasi timur laut China, yang mana tiga wilayahnya – Heilongjiang, Jilin dan Liaoning – mencatat pertumbuhan ekonomi beberapa tahun terakhir, kata media pemerintah.

China dan Rusia berkongsi sempadan lebih dari 4.000 km yang terpaksa ditutup untuk sebahagian besar pelancong sejak tahun lalu akibat pandemik COVID-19, bagaimanapun pergerakan barangan ekonomi tetap diteruskan.

Sempadan memisahkan dua wilayah yang sangat berbeza secara demografi, ia merangkumi timur jauh Rusia, dengan 6.2 juta penduduk menurut banci 2010, dan timur laut China yang menempatkan lebih daripada 100 juta penduduk.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Xinhuanet

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply