ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembukaan Ducati Centre terbesar di Asia dan pelancaran Ducati Ducati 1199 Panigale

Views

Sempena pelancaran model Ducati 1199 Panigale, Ducati Centre yang terbesar di Asia juga dibuka dengan rasminya pada hari ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Ini juga menandakan satu lagi kejayaan Next Bike Sdn Bhd, yang merupakan pengedar tunggal dan pengimport jenama Ducati di Malaysia. Lebih 250 jemputan telah menghadiri majlis tersebut termasuk wakil dari 10 pengedar Ducati diseluruh  negara Asia Pasifik – Vietnam, Filipina, Indonesia, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan, Thailand, Singapura, China dan India.

Pada majlis yang sama juga Ducati 1199 Panigale telah dilancarkan secara rasmi. Model yang berkuasa 1198cc yang dijana oleh enjin berteknologi Superquadro: silinder L-twin, 4 injap di setiap silinder, Desmodromic, sejukan cecair. Enjinnya menjana 195hp (143kw) pada 10,750rpm menepati piawaian Euro 3 dan menggunakan kotak gear 6 kelajuan. Dengan rekaannya yang menarik dan sporty, pastinya jentera buatan Itali ini bakal menarik perhatian peminat superbike di Malaysia.

Harga :

PANIGALE 1199 RM 160,888
PANIGALE 1199 ABS RM 168,888
PANIGALE 1199 S ABS RM 180,888
PANIGALE 1199 TRICOLORE RM 209,999

Sila muat turun Spesifikasi Teknikal dibawah :

Tech Spec

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply