ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemenang Kempen Ramadan Raya Promo 2019 bawa pulang sebuah Honda City

Berita Tempatan

Views

Shamsuddin bin Abdul Jalil muncul sebagai pemenang bertuah Kempen Ramadan Raya Promo 2019 yang dianjurkan oleh Goodyear Malaysia bermula dari 1 Mei hingga 30 Jun yang lalu. Beliau berjaya membawa pulang sebuah kereta Honda City baharu serta bekalan tayar selama 10 tahun dari Goodyear.

JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

Kempen ini dicetuskan untuk menyokong keselamatan di jalan raya dengan menggantikan tayar yang telah hasu dengan tayar yang baharu, terutamanya ketika memandu dalam jarak jauh semasa musim perayaan. Kajian daripada Kementerian Kerja Raya menunjukkan sehingga 10,000 kemalangan berlaku di jalan raya akibat penggunaan tayar celup.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Pengarah Jualan Goodyear Malaysia, Chee Lip Choon berkata keselamatan kereta dan tayar yang baik tidak boleh dipandang enteng. Atas sebab inilah, Goodyear melaksanakan komitmen global untuk menggalakkan keselamatan di jalan raya dengan memantau keadaan tayar kenderaan anda.

Pemenang utama, Shamsuddin bin Abdul Jalil, pula berkata ini merupakan kali pertama beliau memenangi sebuah kereta baharu menerusi satu peraduan. Beliau yang menyertai peraduan dengan membeli tayar Goodyear Assurance TripleMax 2 masih lagi tidak percaya dengan kemenangan ini dan amat berterima kasih kepada Goodyear.

Tahniah kami ucapkan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply