ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemenang peraduan ‘SMS & WIN’ bawa pulang sebuah Honda Jazz 1.5L

Views

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini, Honda Malaysia telah mengadakan peraduan ‘SMS & WIN’ untuk meraikan dan memberi ganjaran kepada para pelanggannya. Semalam telah berlangsungnya majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Tiong Nam Motor (M) Sdn Bhd kepada pemenang Hadiah Utama dan lima pemenang Hadiah Emas.

Puan Hasmawati Bt Hussin muncul pemenang Hadiah Utama yang merupakan sebuah Honda Jazz 1.5L dan lima lagi pemenang Hadiah Emas membawa pulang sebuah iPhone X setiap seorang. Peraduan yang telah berlangsung pada 22 Januari 2018 dan 11 Mac 2018 serta terbuka kepada semua pelanggan Honda berjaya menarik sebanyak 43,000 penyertaan. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,006 daripada mereka terpilih untuk memenangi pelbagai hadiah yang bernilai RM198,255.

Hadiah-hadiah termasuklah sebuah Honda Jazz 1.5L, iPhone X dan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN). Berucap semasa majlis penyampaian hadiah, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Toichi Ishiyama berkata peraduan ini diadakan bagi meraikan musim perayaan bersama semua pelanggan Honda dan syarikat memberi penghargaan kepada para peserta yang menyokong kempen ini serta turut mengucapkan tahniah kepada para pemenang.

Generasi ke-3 Jazz kini mencatatkan jualan lebih 57,000 unit sejak 2014. Ia menyumbangkan 13 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Honda Malaysia pada 2017. Generasi pertamanya telah diperkenalkan pada 2003 dengan jumlah jualan melebihi 89,000 unit. Jazz dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC yang digandingkan bersama transmisi CVT yang dibangunkan dibawah Teknologi Honda Earth Dreams.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply