ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemilik EV kini boleh membayar servis pengecasan menerusi aplikasi Setel

Berita Tempatan

Views

Setel telah memperkenalkan fungsi terbaharunya yang membolehkan serta memudahkan pengguna mengecas kenderaan elektrik (EV) mereka melalui aplikasi tersebut.

Pengguna EV dapat menemukan stesen pengecasan pilihan mereka berserta jenis pengecas, dan pengecas tersebut dapat diaktifkan dengan mudah hanya menggunakan aplikasi Setel.

Pembayaran akan dibuat melalui Setel Wallet, dan pengguna juga akan menerima mata ganjaran Mesra untuk setiap transaksi.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan berkata, pihaknya berhasrat untuk meluaskan akses ke atas infrastruktur pengecasan awam di samping memudahkan proses pengecasan bagi pengguna EV, setanding dengan pengalaman mengisi petrol yang ditawarkan oleh Setel kepada para pengguna kenderaan.

Setel telah bekerjasama dengan JomCharge sebagai pihak penyedia yang pertama, dengan rancangan untuk bekerjasama dengan lebih ramai penyedia EV dalam tempoh terdekat, termasuk Energise oleh Petronas.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Untuk fasa pertama, pengguna EV boleh menggunakan aplikasi Setel untuk mengecas kenderaan elektrik mereka di lima lokasi perintis iaitu:

  • Lotus’s Tesco Kepong
  • EV Connection Workshop, Petaling Jaya
  • Carsome PJ Automall
  • Rasa Sayang Resort milik Shangri-La, Pulau Pinang
  • Ibu pejabat ACO Group, Johor Bahru.

Dijangka banyak lagi lokasi yang akan menyusul secara berperingkat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply