ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemilik haiwan ternakan yang berkeliaran di LPT2 akan didenda – Menteri Besar Terengganu

Berita Tempatan

Views

Isu haiwan ternakan berkeliaran di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) masih belum berkesudahan hinggakan baru-baru ini enam pekerja kontraktor lebuh raya ditahan orang kampung yang salah sangka kerana menyangka mereka ‘geng curi lembu’. Sedangkan mereka diarahkan pengendali lebuh raya itu untuk menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran bagi mengelakkan berlaku kemalangan.

Menurut laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberi amaran kepada pemilik haiwan ternakan supaya mengawal pergerakan ternakan masing-masing dan tidak membiarkan berkeliaran sehingga memasuki laluan utama kenderaan terutama di LPT2.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Ia sebagai langkah berjaga-jaga terutama ketika perayaan Aidilfitri tidak lama lagi kerana negeri itu bakal menerima jumlah kemasukan kenderaan yang tinggi melibatkan perantau yang pulang dari ibu kota. Beliau berkata, tindakan membiarkan haiwan ternakan berkeliaran bukan sahaja mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya malah merugikan pemilik jika ternakannya mati dirempuh kenderaan.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Tambahnya lagi, kewujudan haiwan pada musim perayaan ini sama ada di LPT atau laluan lain mengganggu kelancaran trafik. Bila ada satu tempat sahaja terganggu, ia akan menyebabkan semua tempat tergendala. Dalam pada itu, pihaknya bersedia mengkaji kembali denda dikenakan kepada pemilik haiwan ternakan yang dibiarkan berkeliaran di jalan raya.

Langkah ini bagi memberi kesedaran kepada pemilik haiwan berkenaan kerana akibat kelalaian itu, ia memberi kesan besar sehingga meragut nyawa individu lain. Sebelum ini pihak berkuasa tempatan (PBT) mengumumkan kompaun sebanyak RM250 dikenakan kepada haiwan peliharaan berkeliaran di jalan raya. Setakat ini, jumlah kompaun yang ditetapkan dan akan dikenakan bergantung pada jenis haiwan iaitu sebanyak RM250 bagi lembu dan kambing RM100.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply