ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemilik Isuzu D-Max berhimpun rai sambutan kemerdekaan ke-67

Berita Tempatan

Views

Pemilik Isuzu D-Max bersama-sama mempamerkan semangat patriotik mereka apabila menyertai Konvoi Merdeka Isuzu 2024 sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk meraikan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-67 tahun ini.

Kira-kira 3,300 peserta melibatkan sebanyak sekitar 900 unit Isuzu D-Max berkumpul di 36 cawangan Isuzu di seluruh negara, dari Alor Setar hingga ke Keningau, sebelum berkonvoi ke destinasi pilihan di kawasan masing-masing.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Pelbagai pengisian aktiviti turut diatur untuk peserta bersantai meraikan Hari Merdeka tahun ini, antaranya santapan durian, merakit jeram, ‘glamping‘, mencari harta karun, berkelah dan banyak lagi.

Konvoi Merdeka Isuzu 2024 meneruskan kejayaan Konvoi Merdeka 66 yang berlangsung tahun lalu yang menyaksikan penyertaan sekitar 600 buah D-Max.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Sebagai satu perhimpunan serentak yang terbesar melibatkan perarakan Isuzu D-Max di negara ini, konvoi berkenaan berhasrat untuk menghimpunkan pemiliknya disamping memperingati tarikh bersejarah berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe, susulan daripada kejayaan acara tahun lalu, pemilik D-Max telah menyuarakan kepuasan serta keinginan mereka untuk terlibat sekali lagi dalam acara serupa yang telah berhasil memupuk pertalian lebih erat dalam kalangan mereka.

Beliau juga sempat melepaskan peserta konvoi di cawangan Isuzu Indah Utara di Alor Setar, Kedah yang melibatkan sebanyak 80 buah Isuzu D-Max dalam perjalanan menuju Tasoh Lake Resort di Perlis sempena acara ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply