ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemilik motosikal dakwa ‘diganggu’ polis diminta tampil buat laporan

Tular

Views

Pemilik motosikal yang mendakwa ‘diganggu’ dua anggota polis di sebuah stesen minyak di Subang Perdana, di Sungai Buloh yang tular di media sosial diminta tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata pihaknya mengesan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi tiga minit 18 saat yang memaparkan kejadian itu tular di media sosial jam 1 tengah hari, kelmarin.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

“Dalam rakaman itu, petugas rondaan cegah jenayah dari Balai Polis Kampung Baru Subang mendekati sebuah motosikal di stesen minyak berkenaan.

“Untuk makluman, pemeriksaan kenderaan adalah tugas harian setiap petugas rondaan cegah jenayah di lapangan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Penularan rakaman itu dilihat menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Sungai Buloh).

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

“Justeru, pemilik motosikal itu diminta tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan rakaman video yang boleh menjatuhkan imej PDRM tanpa kesahihan.

“Mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply