ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemilik syarikat dan pemandu trak di wilayah Selatan ‘uji’ MAN Truck Generation Baharu

Berita Tempatan

Views

MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) baru-baru ini telah, menganjurkan acara MANTAP! (MAN Test and Prove!) di cawangannya di Johor Bahru.

Acara yang julung kalinya diadakan itu memberi peluang kepada pemilik syarikat pengangkutan dan pemandu trak di wilayah Selatan untuk memandu uji MAN Truck Generation Baharu di jalan raya dan mengetahui ciri-ciri yang ada padanya.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Pengarah Urusan MAN Malaysia Andrew O’Brooks berkata, matlamat syarikat adalah untuk meningkatkan kehadiran pasaran di wilayah Selatan. Katanya, minat yang tinggi dari wilayah ini telah diterima sejak pelancaran MAN Truck Generation Baharu.

MANTAP! merupakan jemputan untuk komuniti pengangkutan di Selatan untuk berkunjung dan memandu uji trak terkini daripada MAN dan memberi peluang kepada pihaknya untuk membuktikan kehebatan dalam hampir segenap aspek berbanding trak-trak lain di pasaran.

Pengarah HSE Logistics Sdn Bhd, Mohd Hairiy bin Abu Rasid berkata, beliau menyambut baik inisiatif yang dilaksanakan oleh MAN Malaysia. Tidak ramai pemilik dan pemandu trak di wilayah tersebut yang berpeluang memandu uji trak ini, terutamanya model MAN Truck Generation Baharu.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Tuan Haji Dzulfariqh bin Abdul Manap, pemilik Chain Hub Sdn Bhd telah mengambil peluang untuk membawa seramai sembilan orang pemandu syarikat ke acara pandu uji ini. Semua pemandunya telah memberi maklum balas yang sangat positif selepas memandu uji MAN TGS Baharu.

Sebenarnya beliau telah membuat pesanan untuk dua buah unit dan kini menunggu kedatangan trak-trak baharu yang akan menyertai kumpulan kenderaan syarikat.

Dibangunkan semula oleh MAN Truck & Bus dengan maklum balas daripada 300 orang pemilik syarikat pengangkutan dan 700 orang pemandu dari 16 buah negara, MAN Truck Generation Baharu dengan enjin Euro V sebagai standard.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply