ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemilik terawal Mini EV X2 dapat kereta tapi pemanduan sebelah kiri?

Tular

Views

Anda masih ingat lagi tak dengan iklan ‘kereta elektrik katik dua pintu’ adalah Mini EV X2 buatan China yang berharga RM13,800 seunit? Dalam artikel terdahulu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan warganet supaya berhati-hati dengan iklan tersebut kerana ada unsur penipuan (scam).

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Namun baru-baru ini laman Facebook Dolovmi Malaysia telah memuat naik foto-foto yang memaparkan dua wanita sedang menaiki kereta tersebut. Menurut kapsyen di hantaran tersebut, “ramai yang mengatakan kereta ini adalah palsu, tetapi mereka telah menerimanya dan ia sememangnya comel”. Menurut laman jualan barangan kosmetik itu lagi, “kereta ini sangat sesuai untuk bos wanita kerana saiznya yang kecil”.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Jika diperhatikan pada foto-foto tersebut, jelas kedudukan stereng berada di sebelah kiri dan ia juga tiada pelekat cukai jalan! Meskipun kereta ini wujud, tetapi menurut rakan media kami Abang Gan di Pandulaju.com.my, ia masih belum diluluskan oleh Bahagian Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk dipandu atas jalan raya buat masa ini.

Apapun, kami tetap menasihatkan anda supaya tidak membuat sebarang pembelian buat masa ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Dolovmi Malaysia

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply