ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penampilan pertama generasi kedua Honda Amaze di Auto Expo 2018

Views

Sedan kompak Honda Amaze generasi kedua membuat penampilan pertamanya sempena Auto Expo 2018 yang sedang berlangsung di India ketika ini. Amaze baharu tampil dengan rekabentuk serba baharu dan mempunyai gaya rekaan model terkini keluaran Honda. Paling ketara adalah rekaan jeriji dengan sayap krom yang mengambil inspirasi dari model Civic baharu dan lampu hadapannya juga mempunyai pengaruh dari model yang sama.

Boleh dikatakan rekaan hadapan Amaze persis Civic baharu dalam skala lebih kecil. Dari pandangan sisi, perkadaran model ini lebih baik berbanding dari model sebelumnya walaupun dari beberapa pandangan sudut, rekabentuknya nampak sedikit janggal. Di bahagian belakang, model Civic sekali lagi mempengaruhi model tersebut, terutama sekali bentuk lampu belakangnya.

Pembangunan model Amaze 2018 telah dilakukan di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Honda Asia Pacific yang terletak di Bangkok, Thailand. Buat masa ini masih belum ada maklumat terperinci mengenai spesifikasi model tersebut, dan ada kemungkinan Amaze masih lagi mengekalkan pilihan enjin pada model generasi pertamanya, iaitu enjin petrol 1.2 liter i-VTEC dan 1.5 liter i-DTEC diesel.

Foto kredit Twitter Honda India dan Car and Bike.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply