ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penanda lorong bertindih cetuskan kemalangan di NKVE telah dihitamkan

Berita Tempatan

Views

Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengarahkan tindakan penghitaman penanda loronglane marking‘ bertindih di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perkara berkenaan telah diambil maklum olehnya selepas satu video kemalangan berlaku di NKVE didakwa berpunca dari kekeliruan pemandu dengan pertindihan dua ‘lane marking‘ berbeza dan mengarahkan siasatan terperinci dilakukan.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Katanya, pihaknya telah dimaklumkan mengenai laporan awal melalui pemeriksaan yang dilaksanakan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) semalam.

“Pihak DASH telahpun mengenal pasti kawasan yang perlu ditambahbaik melalui proses blackening (menghitam) sebelum sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina lagi.

“DASH telah mula melakukan proses blackening bermula malam semalam dan akan melihat secara keseluruhan kadar blackening yang diperlukan. Dijangka akan siap sepenuhnya dalam tiga malam.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Tambahnya, pihak LLM, PLUS dan DASH juga akan menilai semula keadaan di tapak PLUS NKVE terutamanya penanda lorong kuning serta putih supaya lebih teratur, jelas serta selamat untuk dilalui pengguna.

Nanta Linggi menekankan perkara tersebut perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya.

“Pada masa yang sama, saya juga menyeru semua pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu. Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab kita bersama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Alexander Nanta Linggi

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply