Berikutan prestasi bersejarah yang dicatatkan Perodua pada tahun 2024, operasi Persatuan Pembekal Perodua (P2SA) dan Persatuan Pengedar Perodua (PDA) kini berada pada kedudukan yang lebih kukuh.
Menurut Presiden P2SA, Musa Zahidin Tan Sri Ahmad Zaidee, berdasarkan jangkaan pihaknya, Perodua telah membuat pembelian komponen automotif dengan nilai puluhan billion Ringgit Malaysia daripada ahli mereka sejak beberapa tahun lalu, menjadikannya pembelian tertinggi dalam sejarah.
Katanya, pembelian ini memainkan peranan penting dalam membolehkan ahli P2SA untuk membuat pelaburan semula dan mengembangkan operasi, menambah baik skala ekonomi dan meningkatkan kelebihan daya saing, terutamanya apabila kos meningkat disebabkan oleh faktor luaran.
Berhubung pencapaian pengeluaran Perodua sebanyak 368,100 unit pada tahun 2024, Musa berkata kemampuan P2SA menyokong pencapaian berkenaan adalah disebabkan pendekatan komunikasi secara terbuka yang diamalkan oleh Pengilang Peralatan Asal (OEM) itu dengan P2SA.
Sokongan yang diberikan kepada setiap ahli P2SA membolehkan mereka mengendalikan jumlah tempahan yang tinggi.
Selain itu, ianya juga dapat memastikan pembayaran berjalan lancar, arah tuju yang jelas serta perbincangan terbuka bagi sebarang perubahan yang membolehkan mereka mencatatkan prestasi di luar jangkaan.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Beliau berkata, ahli-ahli P2SA juga telah mengambil inisiatif untuk membuat pelaburan semula ke atas operasi mereka termasuklah dengan melaksanakan automasi dan teknologi Internet Kebendaan (IOT).
Contoh bagi pembaharuan ini adalah Sistem Penyimpanan dan Pengambilan Automatik (ASRS) oleh Ingress AOI Technologies Sdn Bhd.
Ia merupakan sistem kawalan komputer yang boleh mengenalpasti, menyusun dan memindahkan barangan dalam gudang bertingkat tinggi dengan operasi tenaga manusia dan peralatan sokongan yang minimum.
Sistem ini telah berjaya meningkatkan keberkesanan ruang Ingress AOI Technologies sebanyak 71 peratus. Tambah beliau, ahli-ahli lain turut berhasrat untuk meningkatkan operasi mereka menerusi pelbagai cara, termasuklah dengan menggunakan teknologi Industri 4.0.
Musa menambah, mereka perlu terus menambah baik operasi untuk bersaing dengan pembekal lain di rantau ini, malah ada di antara mereka sudah mula menembusi pasaran ASEAN dan Jepun.
Presiden PDA, Cik Rabitah Datuk Shamshudin berkata, bagi ahli PDA, mendaftarkan majoriti daripada 358,102 kenderaan Perodua adalah cabaran dan juga satu kejayaan.
Kerjasama daripada segi koordinasi dan logistik daripada pihak Perodua untuk menjayakan angka ini juga amat menakjubkan.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Ujarnya, mereka ingin berterima kasih kepada Perodua, terutamanya di bawah pimpinan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad di atas kejayaannya membawa mereka ke peringkat lebih tinggi.
Jelas Rabitah, selain daripada kecekapan dan profesionalisme, Perodua juga telah memberikan sokongan penuh kepada para pengedarnya untuk menambah baik operasi, seperti melaksanakan operasi tunggal (mono-operation), menawarkan sokongan dan galakan untuk menaik taraf operasi 3S yang terbukti berbaloi buat kebanyakan ahli.
Operasi tunggal merujuk kepada gabungan operasi jualan, perkhidmatan dan jualan alat ganti yang boleh menawarkan pengalaman permotoran yang lebih lancar buat para pelanggan.
Tambah beliau, Perodua juga mengalu-alukan generasi baharu pengedar yang sedang bersedia untuk mengambil alih operasi perniagaan daripada ibu bapa mereka.
Katanya lagi, Perodua berada di sini untuk tempoh yang lama dan syarikat itu telah melayan mereka dengan adil sejak lebih 30 tahun lalu. Ahli PDA akan terus memainkan peranannya dalam memberikan pengalaman Perodua yang terbaik kepada pelanggan.
Rabitah berkata, PDA komited terhadap kejayaan berterusan Perodua sebagai jenama automotif paling popular di negara ini dan akan terus memfokuskan kepada kepuasan pelanggan dengan memahami keperluan dan membina pengalaman yang lebih baik dengan mereka.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI