ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penciap berita palsu di Twitter kini disiasat

Berita Tempatan

Views

Pemilik akaun TwitterNo War But Class War’ yang menciap status mengenai berita palsu kompaun raya di Nilai Impian, telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk memberi keterangan pada Ahad. Astro AWANI melaporkan, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, keterangan suspek yang berusia 42 tahun itu telah diambil untuk tindakan lanjut siasatan.

Katanya, turut dirampas adalah gajet milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik status di media sosialnya pada 13 Mei lalu. Keterangan suspek telah diambil dan siasatan masih dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Nilai.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang menyebabkan kegentaran awam, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (no.2) 2021 kerana menyebarkan berita tidak benar.

Tambahnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat. Suspek yang merupakan seorang pengurus syarikat penerbitan buku di Bandar Baru Bangi, kini dibebaskan dengan jaminan polis. Pada Khamis lalu, tular gambar di Twitter yang memaparkan pemilik akaun ‘No War But Class War’ menaik status ‘Area Rumah Aku Nilai Impian. Tuan Rumah RM25K, Tetamu RM5K.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Polis kemudiannya menafikan gambar yang tular di media sosial itu berhubung pelaksanaan operasi pihak polis yang mengenakan kompaun sebanyak RM30,000 kepada orang awam atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021.

Gambar tersebut sebaliknya merupakan gambar pemeriksaan rumah ke rumah pada hari raya pertama Aidilfitri di kawasan perumahan di Nilai Impian, Nilai. Jelasnya, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan di laman sosial bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply