ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penduduk kampung teruja lihat kapal layar mewah harga RM200 juta

Berita Tempatan

Views

Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis semalam menggamit perhatian orang ramai terutama nelayan serta penduduk kampung berdekatan.

Menurut Harian Metro, kapal layar yang berharga sekitar USD45 juta (RM200,014,605) itu dipercayai tiba dari Langkawi dan disedari sedang menyusuri oleh penduduk sekitar lembangan Sungai Perlis itu sekitar jam 12 tengah hari.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Perlis (PELARIS) Jasmi Hashim ketika dihubungi berkata, pihaknya diberitahu oleh nelayan serta penduduk sekitar muara Sungai Perlis dengan kehadiran dan pergerakan kapal layar mewah itu.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Pihaknya bagaimanapun tidak menerima sebarang aduan daripada nelayan mengenai gangguan dari segi lalu lintas bot nelayan di muara sungai itu.

Malah, mereka juga difahamkan kapal layar mewah itu sebenarnya bergerak menuju ke dermaga Perlis Marine Engineering (PME) Sdn Bhd yang terletak di Kampung Tengah Kuala Perlis bagi tujuan pembaikan kapal layar.

Seorang nelayan, Mat Che Ya, 53 pula berkata, walaupun banyak kapal yang bersaiz sederhana melalui muara sungai itu, namun kapal layar mewah yang canggih itu jarang sekali dapat dilihat di kawasan itu.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Katanya, banyak kapal lalu sini cuma saiz tidaklah besar tapi kapal layar yang semalam itu jarang lalu di sini. Jadi bila kapal layar itu lalu di sini nampak macam kapal angkasa atas air pula kerana tak nampak macam kapal atau bot yang kita biasa lihat.

Tular di media sosial hari ini mengenai kehadiran kapal layar mewah berkenaan yang dilihat sedang berlabuh di tengah muara Sungai Perlis.

Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, pihaknya tidak dimaklumkan tentang kehadiran kapal layar mewah itu di muara Sungai Perlis.

Ujar beliau, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai kehadiran kapal layar mewah itu di kawasan ini. Namun, apa yang dimaklumkan oleh anggota mereka yang melakukan rondaan di sekitar perairan Perlis adalah pihak kapal layar mewah itu sudah mendapat kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia menerusi Pejabat Laut Negeri Perlis untuk melalui muara sungai itu dan berlabuh di PME Engineering Sdn Bhd.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply