ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penemuan kereta Hyundai Sonata dan rangka manusia di Lebuhraya PLUS – Misteri kehilangan lelaki bakal terjawab

Berita Tempatan

Views

Satu tengkorak dan rangka manusia ditemukan seorang pekerja penyelenggaraan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran sebuah kereta di kawasan cerun di Kilometer (KM) 122.4 Yong Peng-Pagoh, dekat Batu Pahat, semalam.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah memberitahu, tengkorak dan rangka manusia itu ditemukan pekerja berkenaan pada jam 1.10 petang yang sedang membersihkan longkang.

Katanya, terdapat kemungkinan ada kaitan dengan satu laporan polis berkenaan seorang lelaki hilang yang dibuat pada Jun lalu. Tambahnya, mangsa dipercayai memandu kereta Hyundai Sonata sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke cerun berkenaan.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Siasatan awal mendapati kedudukan kereta berkenaan agak terlindung di sebalik semak yang bercerun dengan jarak lebih kurang 67 meter dari lebuh raya. Kata Ismail, identiti pemilik kereta tersebut sudah dikenal pasti dan kini menunggu waris untuk membuat pengecaman bagi membantu siasatan.

Pihaknya juga sedang menyiasat mengenai satu laporan polis orang hilang dibuat pada Jun tahun lalu yang mungkin ada kaitan dengan kemalangan berkenaan. Beliau berkata, tengkorak dan rangka manusia itu dihantar ke Jabatan Patalogi Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply