ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penerima dos lengkap vaksin boleh rentas daerah dan makan di restoran mulai Selasa ini

Berita Tempatan

Views

Kerajaan bersetuju untuk memberikan kemudahan sektor sosial kepada individu vaksin lengkap dan menetap negeri fasa 2 dan ke atas di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Selasa ini.

Utusan Online melaporkan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemudahan itu ialah rentas daerah dibenarkan dan makan di restoran dengan perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi kepada petugas keselamatan di sekatan jalan raya dan pemilik kedai.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Bagaimanapun, beliau berkata, seseorang individu hanya diiktiraf sebagai individu lengkap vaksinasinya apabila penerima jenis vaksin dua dos seperti Sinovac, Pfizer atau AstraZeneca perlu melepasi hari ke-14 suntikan dos kedua.

Bagi jenis vaksin satu dos seperti Johnson & Johnson dan CanSino pula perlu melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan. Kata beliau, turut dibenarkan ialah aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka bermula pukul 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambahnya, aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama dibenarkan melibatkan inap desa (homestay) dan hotel. Antara kelonggaran lain yang diberikan adalah menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau, manakala pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.

Selain itu, pasangan suami isteri, ibu bapa yang telah mendapat vaksin dos lengkap juga dibenarkan berbuat demikian untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun. Perdana Menteri berkata demikian menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung petang ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply