ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penganjur lumba haram boleh dihukum buang daerah

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bercadang menggunakan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 terhadap penganjur lumba haram. Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, langkah itu disaran ekoran kegiatan lumba haram yang semakin berleluasa.

Di bawah akta tersebut, penganjur perlumbaan haram boleh dikenakan hukuman buang daerah. Menurut beliau, tindakan POCA ini juga mampu memberikan kesedaran kepada mereka sebelum berbuat sesuatu yang melanggar undang-undang.

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

Tambahnya, semua pesalah yang menunggang motosikal secara berbahaya seperti merempit yang ditahan juga akan direkodkan di dalam sistem Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya orang ramai lebih berhati-hati daripada terjerumus dengan aktiviti itu.

Beliau berkata rekod itu akan memberikan reputasi buruk terhadap pesalah terutama golongan muda yang terlibat dalam kegiatan haram tersebut. Jelasnya, apabila anak muda yang mempunyai rekod kesalahan berkaitan rempit atau berkaitan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara berbahaya, adalah sukar untuk mereka memohon pekerjaan satu hari nanti kerana dikhuatiri akan ditolak berdasarkan rekod yang mereka ada.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Azisman turut menasihati semua pihak, terutama anak muda, supaya sedar dan berhati-hati agar tidak terjebak dalam kegiatan seperti ini. Beliau memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kegiatan seperti lumba haram kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Tambah beliau, polis akan meningkatkan pemantauan terhadap mana-mana bengkel atau individu yang didapati terlibat dalam aktiviti mengubah suai motosikal tanpa mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Kata beliau lagi, pihaknya difahamkan ada juga yang mengubah motosikal mereka sehingga tidak mempunyai brek demi untuk membuat aksi yang berbahaya.

Beliau berkata sebanyak 358 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam satu operasi tertutup JSPT di Lebuhraya Pantai Timur 1 menghala ke Kuala Lumpur pada kira-kira 2 petang pada Ahad lepas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply