ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengawal peribadi didenda RM2K, mengaku tampar wanita langgar Lamborghini majikan

Berita Tempatan

Views

Seorang pengawal peribadi didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah menampar seorang pemandu wanita, dalam insiden kekecohan konvoi Lamborghini di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Kulai, bulan lalu.

Menurut Berita Harian, tertuduh, Nor Razman Razak, 44, turut diperintahkan dipenjara dua bulan, jika gagal membayar denda berkenaan. Pengakuan bersalah direkodkan sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Sharifah Maleeha Syed Hussin.

Mengikut pertuduhan, Nor Razman didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang pemandu pacuan empat roda, Lee Jia Min,28, dengan menampar muka wanita itu, di Kilometer 36.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, kira-kira jam 6.10 petang, pada 18 Mac lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya,jika sabit kesalahan.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Terdahulu, pemandu wanita yang memandu pacuan empat roda dan terbabit dalam kekecohan konvoi Lamborghini itu, Jia Min, yang turut mengaku bersalah dalam prosiding di Mahkamah Majistret sama, didenda RM2,000 atau penjara sebulan, jika gagal bayar denda berkenaan.

Jia Min yang juga peniaga ayam sejuk beku dari Yong Peng itu dituduh gagal mengawal pacuan empat roda yang dipandu hingga mengakibatkan kemalangan bertentangan dengan Kaedah 10 LN 166/59, yang dilakukan pada waktu dan lokasi sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Eddlyn Wong. Nor Razman diwakili Mohd Azlan Shah Mohd Allias, manakala Jia Min pula diwakili, Tan Cheng Yee.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran ke atas kedua-dua kes berkenaan berikutan ia mendapat perhatian masyarakat negara ini selepas tular di media sosial.

Jelasnya, dalam kes Nor Razman, Orang Kena Saman (OKS) didapati telah secara nekad mendatangkan kecederaan dengan menampar pipi kanan Jia Min dan dia turut mengaku atas kesalahan itu.

Tindakan OKS ini seperti menunjukkan kepada masyarakat keganasan adalah jalan penyelesaian terhadap pertelingkahan di jalan raya.

Malah minggu lalu, turut dilaporkan pendakwaan seorang penunggang motosikal yang menumbuk warga emas berkaitan kes yang hampir sama, yang berlaku di jalan raya.

Oleh itu, beliau mohon mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai iktibar kepada masyarakat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply