ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengecualian pembaharuan lesen memandu dan LKM persendirian dilanjutkan sehingga 31 Mei

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Ministry of Transport Malaysia, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengambil keputusan melanjutkan pengecualian bagi tujuan perbaharui Lesen Memandu (LM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Persendirian yang akan berkuatkuasa mulai 1 April hingga 31 Mei 2021. Ia berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dan PKP Pemulihan masih lagi dilaksanakan.

Namun, para pemandu hendaklah memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan (e-cover note insurans) mereka kepada anggota penguatkuasa trafik jika diminta.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Perincian berhubung pengecualian ini adalah seperti berikut:

  • Individu yang LM dan LKM mereka telah tamat tempoh antara tarikh 1 Februari sehingga 31 Mac 2021 hendaklah memperbaharui LM dan LKM masing-masing dalam tempoh 60 hari bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021;
  • Individu yang LM dan LKM mereka tamat tempoh pada mana-mana tarikh antara 1 April sehingga 31 Mei 2021 hendaklah memperbaharui LM dan LKM masing-masing dalam tempoh 60 hari bermula 1 Jun sehingga 31 Julai 2021.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Jika LM atau LKM yang tamat tempoh bagi Pengecualian Pertama (1 Februari hingga 31 Mac 2021) hendaklah memperbaharui LM dan LKM masing-masing dalam tempoh 60 hari seperti yang dinyatakan, iaitu bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021. Sekiranya gagal melakukannya, ia akan menjadi satu kesalahan dan tindakan yang berkaitan boleh dikenakan.

Objektif pengecualian ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan di tempat awam serta memastikan usaha kerajaan memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 dapat berjalan dengan baik. Walaubagaimanapun,  pengecualian ini tidak diberikan kepada pemilik Kenderaan Perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply