ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengeluar kereta utama di Thailand untung besar, pekerja dapat bonus hingga lapan bulan gaji!

Berita Global

Views

Syarikat-syarikat pengeluar kereta utama di Thailand mengumumkan bonus Tahun Baharu yang lumayan buat pekerja susulan peningkatan keuntungan sepanjang tempoh pemulihan selepas pandemik Covid-19, lapor saluran berita Asia News Network semalam.

Tinjauan oleh agensi berita Thansettakij mendapati syarikat-syarikat pengeluar kereta utama negara itu mengumumkan bonus beberapa bulan serta elaun khas sejajar dengan pertumbuhan jualan.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Sepanjang 10 bulan pertama 2022 menyaksikan 698,000 kenderaan dijual di Thailand. Ia meningkat pada kadar 17.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Kadar bonus lumayan diumumkan beberapa pengeluar kereta utama termasuk pengumuman bonus lapan bulan gaji serta elaun khas 27,000 baht (RM3,434) oleh Isuzu Motors.

Toyota Motors pula menawarkan bonus 7.5 bulan gaji serta elaun khas sebanyak 34,000 baht (RM4,324), beserta elaun untuk menandakan ulang tahunnya yang ke-60 sebanyak 16,000 baht (RM2,035).

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Dalam pada itu, Honda Automobile memberi bonus 5.4 bulan gaji kepada pekerja serta elaun khas 50,000 baht (RM6,359).

Thansettakij juga mendapati pembekal utama alat ganti kepada syarikat-syarikat pengeluar kereta juga membayar bonus tinggi kepada pekerja mereka.

Denso Co Ltd memberi bonus 7.4 bulan gaji serta elaun khas 32,500 baht (RM4,133) kepada kakitangan syarikat. Yokohama Tyre Manufacturing pula menyediakan bonus 5 bulan gaji serta elaun khas 25,000 baht (RM3,179). – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bangkok Post

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply