ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengeluaran Ertiga bakal tamat – Hampir capai jumlah yang ditetapkan oleh Suzuki Motor Corporation

Views

Satu lagi model Proton bakal ditamatkan pengeluarannya dalam masa terdekat selepas Prevé, iaitu MPV kompak Ertiga. Kami difahamkan model hasil usaha sama Proton dengan Suzuki Motor Corporation Japan itu sudah hampir mencapai kouta jumlah unit pengeluaran yang ditetapkan. Tinggal hanya beberapa ratus unit sahaja lagi yang bakal dikeluarkan sebelum ia ditamatkan sepenuhnya nanti. Jika ditolak dengan baki yang masih belum dikeluarkan, sudah hampir 22,000 unit Ertiga telah dijual oleh Proton setakat ini.

Ertiga adalah MPV kompak pertama Malaysia berstatus Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) selain menjadi model pertama hasil kerjasama Proton dan Suzuki Motor Corporation Japan. Ia dilancarkan pada bulan November 2016 dan didatangkan dalam 2 varian – Executive (manual [MT] dan automatik [AT]) dan Executive Plus (AT).

Ia dikuasakan oleh enjin 1.4 liter DOHC dengan VVT dan sistem suntikan bahan api pelbagai titik yang mampu menjana 92 PS pada 6,000 rpm dan tork maksima 130 Nm pada 4,000 rpm. Ia dipadankan dengan pilihan transmisi empat-kelajuan automatik dan lima-kelajuan manual.

JOM BACA >> INTIP : Tun Dr. Mahathir naik Geely Bo Rui ziarah jenazah Tan Sri Zainuddin Maidin – Bayangan model pengganti Perdana?

Ertiga bukan sahaja jimat minyak, malah ia juga direka untuk menawarkan keluasan ruang dan keselesaan. Corong pendingin hawa yang memanjang di barisan kedua memastikan penumpang di barisan kedua dan ketiga lebih nyaman. Ruang di barisan belakang juga cukup selesa untuk menampung dua orang dewasa.

Pada bulan Ogos lalu, Proton memperkenalkan varian terbaharunya yang dinamakan sebagai Ertiga Xtra. Antara perbezaan dengan varian sebelumnya adalah jeriji hadapan dengan kemasan krom lebih gelap, sarung fabrik tempat duduk dan sebahagian kemasan tepi panel pintu yang berwarna lebih gelap dan ia turut dilengkapi sistem infohibur dengan skrin sentuh bersaiz 7-inci untuk penggunaan Bluetooth, Smart E-link dan pemain DVD. Untuk varian Premium pula ia ditambah dengan ciri navigasi GPS.

Setakat ini kami masih belum mendengar model apakah yang bakal menggantikan Ertiga buat masa ini. Nampak gayanya Ertiga menjadi model pertama dan terakhir Proton bersama Suzuki kerana hala tuju Proton telah berubah dengan kehadiran Rakan Strategik Asing iaitu Geely dan mereka baharu sahaja melancarkan model pertama, X70 baru-baru ini.

Sayonara Ertiga!

JOM BACA >> INTIP : Tun Mahathir diberi taklimat mengenai Geely Emgrand GS – Bakal jadi model terbaharu Proton ke?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments

Leave a Reply