ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengerusi Malaysia Airports bantah penjualan Lapangan Terbang Subang

Berita Tempatan

Views

Pengerusi Malaysia Airports, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir sekali lagi menyatakan bantahan terhadap langkah penjualan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) dan berharap kerajaan membatalkan hasrat untuk menswastakannya bagi tujuan pengambil alihan pihak tertentu.

Menurut K! ONLINE, Bbeliau juga menekankan bahawa pelan Regenerasi LTSAAS yang dikemukakan oleh Malaysia Airports adalah merupakan sebahagian daripada kerangka besar perancangan masa depan kerajaan ke arah industri penerbangan dan aeroangkasa negara.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ia termasuk dalam Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (PSLTK) dan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Kebangsaan 2030. Tambah beliau, ini merupakan kenyataan kali ketiganya yang membantah langkah penjualan LTSAAS.

Justeru tidak timbul perkara yang dimainkan oleh pihak tertentu bahawa saya tidak pernah bersama dengan Malaysia Airports dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Semenanjung, Sabah dan Labuan serta Sarawak (Kesma, Kepemab dan Kepmas) dalam usaha menyelamatkan LTSAAS dan kedudukan syarikat secara keseluruhan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Zambry bagaimanapun berkata, beliau menghormati pendirian kesatuan pekerja terbabit kerana mereka mewakili suara warga Malaysia Airports.

Begitu pun, beliau masih menaruh harapan agar kerajaan mendengar pandangan rakyat dan rintihan warga Malaysia Airports agar LTSAAS tidak dijual. Tambahnya lagi, LTSAAS adalah aset strategik negara yang perlu dipertahankan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit mycab2klia

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply