ARKIB

KATEGORI

Buletin

PENGHANTAR mahu kerajaan kaji semula kenaikan harga petrol

Berita Tempatan

Views

Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) meminta kerajaan mengkaji semula kenaikan harga petrol sejak kebelakangan ini yang dilihat membebankan penunggang perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan.

Berita Harian melaporkan, PENGHANTAR dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kenaikan harga petrol menimbulkan keresahan dan kegusaran dalam kalangan penunggang P-Hailing. Menurut kenyataan itu, dalam keadaan rakyat Malaysia dan mereka khasnya yang ketika ini menanggung beban masalah ekonomi yang kritikal, pihaknya sama sekali tidak bersetuju dengan kenaikan ini.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Tambah kenyataan itu, semalam harga petrol naik tiga sen dan kenaikan ini berlaku tidak lama selepas harga naik sebanyak satu sen pada minggu lalu. Dalam keadaan kadar pendapatan mereka yang tidak menentu, kadar upah bayaran yang tidak berbaloi, ditambah dengan lambakan ‘riders‘, sudah tentu kenaikan harga minyak ini menambahkan lagi kesan negatif terhadap pendapatan mereka.

Menurut kenyataan itu, kerajaan perlu mengkaji semula kenaikan harga petrol terbabit dan mencari insiatif untuk membantu penunggang P-Hailing yang terbabit dalam perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan. Malah, penunggang P-Hailing membantu kerajaan dalam usaha merancakkan ekonomi negara walaupun Malaysia berdepan situasi mencabar akibat penularan pandemik COVID-19.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Dalam pada itu, persatuan terbabit mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan undang-undang berkaitan pemandu mabuk susulan kemalangan yang meragut nyawa seorang penunggang P-Hailing, baru-baru ini. Pihaknya dimaklumkan dengan insiden seorang penunggang perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan meninggal dunia selepas dilanggar lari di Seri Kembangan, semalam.

Tambah kenyataan itu lagi, perkara ini bukan kali pertama berlaku di Malaysia, namun persoalannya sampai bilakah kerajaan mahu berdiam diri dan dilihat seolah-olah tidak merasa simpati terhadap golongan penunggang P-Hailing.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply