ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penghantar makanan belasah pemandu lori, dua ditahan

Berita Tempatan

Views

Dua penghantar makanan ditahan polis dipercayai terlibat dalam pergaduhan di Jalan Persiaran Setia Perdana, Setia Alam pada petang semalam.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada satu kemalangan jalan raya melibatkan seorang penunggang penghantar makanan dengan sebuah lori.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Jelasnya, siasatan dijalankan berikutan satu video tular melibatkan sekumpulan penghantar makanan memukul seorang lelaki dipercayai pemandu lori berkenaan susulan kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 5.30 petang.

Setakat ini dua suspek telah diberkas dan usaha mengesan suspek lain masih giat dijalankan. Beliau berkata, cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM4,000 dan tidak lebih RM10,000 dan juga dipenjara tidak lebih setahun,.

Tegasnya, kertas siasatan akan dirujuk ke Kamar Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera bagi mendapatkan keputusan.

Tambah beliau, masyarakat dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan secara melulu dalam apa jua situasi yang boleh menyebabkan pelanggaran undang-undang. Pada Ahad, tular satu video pergaduhan melibatkan sekumpulan individu dipercayai penghantar makanan yang bertindak memukul seorang lelaki.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply