ARKIB

KATEGORI

Tular

Penghantar makanan ‘rider kick’ Pak Guard diburu polis

Tular

Views

Polis sedang mengesan seorang penghantar makanan yang bertindak menendang pengawal keselamatan bertugas di pos kawalan Taman Bukit Meringin dekat Sungai Ramal Luar, Kajang, baru-baru ini.

Menurut Berita Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang, ketika penghantar makanan bermotosikal itu berhenti di pos pengawal untuk meminta kebenaran masuk ke taman perumahan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata kejadian dipercayai berpunca rasa tidak puas hati penghantar makanan terhadap pengawal keselamatan terbabit selepas dia tidak dibenarkan masuk.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Jelas beliau, suspek memberitahu dia hendak ke rumah ‘nombor 3’ di Taman Bukit Meringin tetapi pengawal keselamatan warga Nepal itu maklumkan rumah berkenaan kosong dan tiada penghuni serta tidak membenarkan suspek masuk.

Suspek kemudiannya berang dan tidak puas hati dengan jawapan mangsa sebelum turun daripada motosikalnya dan melepaskan satu tendangan ke perut mangsa.

Mohd Zaid berkata, kejadian itu dirakam oleh kamera pemuka (dashcam) kenderaan seorang saksi yang kebetulan hendak masuk ke kawasan perumahan itu.

Pengawal keselamatan terbabit kemudian memaklumkan kejadian terbabit kepada penyelianya yang berusia 42 tahun yang kemudian tampil membuat laporan polis pada jam 10.52 malam, hari yang sama.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sedang mengesan suspek yang juga seorang lelaki tempatan untuk membantu siasatan.

Mohd Zaid berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Ahmad A’fifi Ahmad Humaidi di talian 019-7142486.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan. Terdahulu, tular satu rakaman video dashcam menunjukkan dua pekerja penghantar makanan bermotosikal berhenti di hadapan palang halangan automatik di laluan masuk ke taman perumahan.

Seorang daripada mereka kelihatan sedang bercakap dengan seorang pengawal keselamatan di situ, sebelum dia turun daripada motosikal dan berjalan ke arah pengawal keselamatan terbabit dan menendang perut mangsa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply