ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penghantaran 8,000 unit pertama pelindung muka Proton bermula

Berita Tempatan

Views

Kumpulan pertama iaitu sebanyak 8,000 unit pelindung muka Proton akan dihantar bermula hari ini ke hospital- hospital di Kelantan dan beberapa negeri lain di Pantai Timur. Dalam artikel terdahulu, Proton mengumumkan yang mereka akan menghasilkan sebanyak 60,000 unit pelindung muka untuk barisan hadapan perubatan bagi membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

Pelindung muka ini telah dihasilkan di kilang pelindung muka di Shah Alam yang dipasang oleh 50 orang kakitangan syarikat tersebut. Proses bermula dengan membuat rekaan dan menguji prototaip serta mendapatkan maklum balas daripada pengguna bagi memastikan produk akhir memenuhi keperluan yang ditetapkan.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Pada masa yang sama, pasukan projek perlu mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk menghasilkan peralatan tersebut secara selamat dan cekap bagi memenuhi protokol kesihatan COVID-19. Dianggarkan 3,000 unit mampu dihasilkan dalam sehari, dan Proton menjangkakan aktiviti ini akan mengambil masa kira-kira 20 hari untuk menghasilkan kesemua 60,000 unit.

Usaha Proton ini dibantu oleh Pos Logistics Sdn Bhd yang menyumbang lebih daripada 2,000 kotak besar yang digunakan untuk membungkus pelindung muka tersebut dan memudahkannya untuk dipindahkan. HICOM-Teck See Manufacturing Malaysia Sdn Bhd pula membantu menyumbangkan sebanyak 1500kg polipropilena, salah satu komponen utama bagi bampar sebuah kereta, yang digunakan untuk menghasilkan bingkai pelindung muka ini.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Reka bentuk asal pelindung muka ini pula adalah sumbangan dari Universiti Teknologi MARA (UITM) dan kemudian, pereka di Proton Design membina bingkai peralatan ini berdasarkan maklum balas dari pengguna dan turut menambah slogan “STAY STRONG! We will get through this!“.

Timbalan Ketua Eksekutif Pegawai Proton, Datuk Radzaif Mohamed berkata pihaknya sangat berbesar hati menerima maklum balas daripada pelbagai pihak bagi projek pelindung muka ini. Tambah beliau, pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua pekerja yang terlibat dan gembira dengan sambutan yang diberikan oleh komuniti pembekal untuk menjayakan projek ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply