ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penjawat awam boleh perbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan menerusi potongan gaji

Berita Tempatan

Views

Penjawat awam berpeluang membuat pembayaran ansuran untuk memperbaharui insurans kenderaan bermotor milik sendiri dan cukai jalan tanpa faedah melalui potongan gaji.

Astro AWANI melaporkan, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata inisiatif tersebut boleh membantu penjawat awam yang terkesan dengan musim pandemik COVID-19.

Beliau berkata kemudahan tersebut akan dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Angkatan Koperasi Kebangsa Malaysia Bhd (Angkasa) dan sebuah syarikat takaful.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Katanya, ketika ini premium insurans kenderaan dan cukai jalan adalah cukup mahal. Jadi, penjawat awam akan diberi ruang dan peluang untuk membayar secara ansuran.

Saravanan, yang kembali menerajui kementerian tersebut di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia merupakan antara 20 inisiatif khas berimpak besar yang akan dilaksanakan sebagai pencapaian 100 hari pertama seperti yang dikehendaki perdana menteri.

Beliau berkata kemudahan itu juga mungkin diperluaskan kepada pesara kerajaan setelah perbincangan mengenainya dengan pihak berkepentingan diperhalusi.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Saravanan juga berkata KSM menerusi Perkeso akan meneruskan cadangan untuk melaksanakan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) iaitu perlindungan keselamatan sosial untuk kira-kira 2.99 juta suri rumah pada tahun depan.

Beliau berkata seramai 150,000 suri rumah dari isi rumah miskin dan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) akan dilindungi oleh kerajaan di bawah skim tersebut manakala penyertaan adalah secara sukarela bagi suri rumah yang lain.

SKSSR ini menyediakan perlindungan terhadap bencana domestik seperti kemalangan, penyakit ataupun kematian. Skim tersebut adalah pengiktirafan kepada peranan yang dimainkan oleh suri rumah dalam institusi kekeluargaan dan pembangunan negara.

Dalam pada itu, bagi pencapaian 100 hari, Saravanan berkata tumpuan akan diberikan kepada lima bidang utama iaitu pembangunan kemahiran, perkhidmatan pekerjaan dan pematuhan aspek perburuhan, perhubungan perusahaan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta perlindungan sosial.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Capital Post

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply