ARKIB

KATEGORI

Tular

Penonton berlari menghampiri kawasan trek pada ‘lap’ terakhir – Penganjur

Tular

Views

Penganjur pertandingan ‘CCT Battle of Champion‘ yang membabitkan kemalangan maut di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, semalam, Yano Autopart mendakwa pihaknya pada awal perlumbaan itu sudah memastikan tiada penonton berada di kawasan berumput di mana nahas terbabit berlaku.

Harian Metro melaporkan, penyelaras acara berkenaan, Yano Al-Mahadzir, 46, berkata pihaknya telah menempatkan 10 ‘marshall’ di enam seksyen ketika pertandingan itu berlangsung.

Beliau menjelaskan, kesemua ‘marshall’ bertugas sudah diberikan taklimat sebelum pertandingan lumba kereta itu bermula.

Jelasnya, pada awal perlumbaan, pihaknya sudah memastikan tiada penonton berada di kawasan itu (lokasi kejadian kemalangan maut). Namun pada ‘lap’ terakhir, mereka berlari dari kawasan tengah litar dan menghampiri kawasan berdekatan trek itu.

Beliau memaklumkan, insiden semalam adalah kali pertama berlaku kemalangan jiwa sepanjang tempoh hampir 10 tahun syarikatnya menguruskan pertandingan lumba kereta di Litar Dato’ Sagor.

Dalam tempoh dua atau tiga tahun sekali, pihaknya akan mengadakan pertandingan di litar itu. Beliau sendiri ada menyewa ambulans dari Teluk Intan setiap kali pertandingan, malah berurusan sendiri dengan doktor yang juga pemilik ambulans itu.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Ini adalah kali pertama pihaknya menghadapi insiden sebegini. Sebaik sahaja mangsa dilanggar, doktor segera membuat pemeriksaan dan melakukan CPR (bantuan kecemasan menyelamatkan nyawa), sebelum membawanya ke hospital.

Dalam insiden kira-kira jam 3.30 petang semalam, seorang pengusaha bengkel kenderaan maut selepas dirempuh sebuah kereta lumba ketika menyaksikan pertandingan berkenaan.

Mangsa, Muhammad Amir Mohd Yusoff, 32, dari Taiping, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan, akibat kecederaan parah di kepala dan pendarahan di paru-paru.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, dilaporkan berkata terdahulu dua kereta lumba dipercayai hilang kawalan selepas bergesel ketika menghampiri garisan penamat, sebelum sebuah kenderaan berkenaan terbabas ke kanan laluan litar lalu memasuki kawasan berumput yang mempunyai beberapa penonton ketika itu.

Mengulas lanjut ketika ditanya mengenai tahap keselamatan termasuk aspek tayar penghadang di litar yang didakwa tidak mencukupi, Yano mengaku perkara itu tetapi menjelaskan beliau tidak menjangka kejadian sedemikian akan berlaku.

Beliau berkata, syarikatnya yang berpangkalan di Kulim mengambil keputusan untuk mengadakan pertandingan di Litar Dato’ Sagor atas faktor ia adalah satu-satunya litar yang paling hampir dengan negeri-negeri di utara.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Kata Yano, bagi mereka orang utara, itulah litar yang paling dekat. Untuk ke Sepang atau Melaka, terlalu jauh. Penyertaan dibuka sejak sebulan yang lalu dan 60 kumpulan pelumba mendaftar.

Sementara itu pengendali operator Litar Dato’ Sagor, Cilik Motorsport menerusi wakilnya yang hanya mahu dikenali sebagai Razali, mendakwa bilangan tayar penghadang di litar berkenaan masih kurang memandangkan syarikat itu baru saja mengendalikan litar terbabit.

Jelasnya, Cilik Motorsport baharu saja menyewa Litar Dato’ Sagor daripada Majlis Daerah Perak Tengah pada 2022. Ketika mereka mula mengambil alih tugas sebagai operator litar ini langsung tiada tayar penghadang .

Jadi apa yang ada ketika ini telah di tambah oleh pihaknya sendiri, namun beliau mengakui ia belum mencukupi. Beliau mendakwa, pihaknya juga sudah menasihati penganjur supaya menilai keadaan litar serta menambah baik faktor keselamatan sebelum pertandingan berlangsung.

Pihaknya juga sudah menyediakan astaka (grandstand), untuk memastikan penonton berada di situ untuk keselamatan mereka. Sekiranya tayar penghadang tidak mencukupi ia perlu ditambah kerana itu adalah tanggungjawab penganjur.

Ditanya mengenai insiden semalam, Razali berkata, beliau tidak dapat memberi komen kerana tidak berada di tempat kejadian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply