ARKIB

KATEGORI

Tular

Penuh dengan sampah, ‘port’ baik bergambar dengan pesawat di KLIA kini ditutup

Tular

Views

Baru-baru ini tular di media sosial satu ‘port’ cantik untuk dikunjungi dan bergambar berdekatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Menurut SinarPlus, kawasan tersebut dikatakan penuh dengan kehadiran pengunjung lebih-lebih lagi pada hujung minggu.

Mana tidaknya, ramai yang tidak mahu terlepas peluang untuk bergambar bersama pesawat yang mahu mendarat dengan jarak sangat dekat.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Namun setelah tempat cantik itu dibanjiri orang ramai, tular pula video kawasan itu kini ditutup oleh pihak pengurusan Malaysia Airports.

Menurut perkongsian pengguna Facebook Are Peace, kawasan tersebut ditutup atas faktor keselamatan dan juga lambakan sampah yang ditinggalkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, hanya kawasan yang menjadi tumpuan ramai itu ditutup dan jalan utama di kawasan itu masih dibuka.

Akan tetapi, viewing deck di situ masih dibuka dan mereka yang ingin melihat kapal terbang boleh ke sana kerana ia lebih selamat.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet dan rata-ratanya yang belum sempat berkunjung berasa sedih kerana penutupan tersebut.

Malah, ada di antara mereka menzahirkan rasa marah kepada pengunjung lokasi itu kerana membuang sampah merata-rata.

Dalam pada itu juga ada yang bersetuju kawasan terbabit ditutup kerana ada pengunjung yang meletak kenderaan di bahu jalan yang membahayakan pengguna jalan raya lain.

Ada yang berkata, memang seronok melihat pesawat berlepas di kawasan tersebut. Pesan kami, di mana sahaja anda berada, tolong lah jaga kebersihan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JPJ Negeri Sembilan

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply