ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penyegar udara kereta edisi khas Little Joe-Harimau Malaya mula dijual hari ini – Harga RM24

Berita Tempatan

Views

Menurusi satu kenyataan media, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan jalinan kerjasama dengan jenama penyegar udara terkenal Switzerland, Little Joe, siang tadi. Peminat setia skuad Harimau Malaya kini boleh mendapatkan penyegar udara kereta edisi khas Little Joe-Harimau Malaya yang berbentuk 3D, rekaan pertama seumpamanya di Malaysia.

Penyegar udara ini tidak menggunakan cecair pewangi dan telah dihasilkan di Itali. Para penyokong Harimau Malaya boleh mula mendapatkan penyegar udara kereta edisi khas Little Joe bermula hari ini.

Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran FAM, Datuk Sri Shahril Mokhtar berkata usaha sama terbaharu FAM ini menunjukkan industri bola sepak kini mampu memberikan nilai komersial yang tinggi kepada barisan penaja.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Jelasnya, kolaborasi pertama bersama Little Joe ini juga melambangkan syarikat-syarikat korporat sudah mula memberikan perhatian terhadap arena bola sepak di mana setiap pembelian produk Little Joe-Harimau Malaya ini akan disalurkan kepada pembangunan bola sepak negara.

Selepas pengumuman kerjasama bersama Al-Ikhsan Sports Jumaat lalu, kolaborasi bersama Little Joe dilihat sebagai satu usaha FAM untuk memastikan para peminat dapat membeli barangan dan produk rasmi FAM dengan lebih mudah.

Sempena Hari Kebangsaan esok, Little Joe juga telah menampilkan set kotak istimewa yang merangkumi barangan eksklusif Little Joe-Harimau Malaya seperti penyegar udara, kain Microfiber dan t-shirt Little Joe-Harimau Malaya yang akan dijual pada harga RM149 menerusi platform e-dagang Shopee dan Lazada.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Buat permulaan, peminat skuad kebangsaan boleh mendapatkan produk berkenaan menerusi Shopee dan Lazada pada harga RM24 dan ia akan mula didapati di semua stesen minyak Petronas dan BHP bermula Oktober ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Little Joe Malaysia, Mohamad Farhan Mohd Fawzi meluahkan rasa berbesar hati di atas jalinan kerjasama bersama badan induk bola sepak negara itu. Pihaknya berharap agar penyegar udara Little Joe akan mendapat tempat di hati setiap rakyat Malaysia.

Tambahnya lagi, Little Joe Malaysia bakal menganjurkan peraduan ‘Beli dan Menang’ bermula esok (31 Ogos) sehingga 16 September ini di mana pemenang bertuah akan membawa pulang set eksklusif Little Joe-Harimau Malaya yang bernilai RM190 yang ditandatangani pemain skuad Harimau Malaya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply