ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penyelidik UMP bangunkan bas swapandu elektrik pintar, (SCAV)

Berita Tempatan

Views

Penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini sedang membangunkan sebuah bas pintar, Smart Campus Autonomous Vehicle (SCAV) yang bergerak tanpa pemandu (swapandu) untuk kegunaan dalam kawasan kampusnya.

Menurut Sinar Harian, SCAV yang dilengkapi pelbagai penderia dan komputer berteknologi pintar itu merupakan bas swapandu pertama dihasilkan di negara ini. Ia digerakkan melalui kawalan sistem komputer yang dilengkapi info trafik dalam kawasan kampus.

Ketua Program Kejuruteraan Mekatronik, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik, Ts Dr Muhammad Aizzat Zakaria yang memiliki kepakaran dalam kejuruteraan teknologi kereta swapandu berkata, bas yang dibangunkan dengan kepakaran penyelidik dalaman UMP itu dalam proses pembangunan peringkat akhir.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Menurut beliau, pembangunan kini mencapai 80 peratus dan ia dijangka siap sepenuhnya tahun ini. Katanya, fokus kini ditumpukan kepada algoritma berspesifikasi tinggi dan teknologi di dalam bas itu sendiri.

Tambahnya, apabila siap kelak, kenderaan itu dapat beroperasi sepenuhnya sebagai kemudahan pengangkutan kepada warga kampus.

Sementara itu, pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik, Dr Mohamad Heerwan Peeie berkata, bas yang diperkenalkan itu berkonsepkan kenderaan masa hadapan.

Menurut beliau, penggunaan kenderaan tersebut akan menyumbang kepada kelestarian alam dan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Jelasnya, bas ini akan melalui proses pemetaan untuk mendapatkan maklumat persekitaran yang akan dilalui. Maklumat yang diterima akan dihantar kepada sistem komputer untuk mengenal pasti kedudukannya.

Beberapa jenis penderia digunakan antaranya penderia LiDAR, Inertial Measurement Unit (IMU), kamera dan lain-lain lagi untuk mendapatkan maklumat tentang persekitaran laluan bas swapandu ini.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berpuas hati dengan gerak kerja pembinaan bas swapandu yang turut melibatkan pelajar pascasiswazah universiti itu.

Katanya, hasil kerjasama dan kemampuan kepakaran serta kepercayaan pihak pengurusan memberikan keyakinan untuk membuktikan kemampuan penyelidik UMP membangunkan bas swapandu tahap empat dalam kawasan terhad (dalam kampus).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit UMP Malaysia

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply