ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peraduan Beli & Menang Shell Advance – Juruteknik bawa pulang sebuah Ducati Monster

Views

Mimpi menjadi kenyataan buat juruteknik Khairil Anuar Abd Rasol, 35, apabila sebuah motosikal Ducati Monster 797 yang baharu menjadi miliknya setelah diisytihar sebagai pemenang Peraduan Beli & Menang Shell Advance baru-baru ini. Peraduan yang diadakan dari 1 April hingga 31 Mei 2018 lalu, terbuka kepada semua pemilik motosikal yang membeli mana-mana minyak enjin motosikal atau minyak gear Shell Advance 4T dengan nilai minimum RM25 dalam satu resit dari rangkaian runcit Shell Advance yang sah.

“Ganjaran ini hasil disiplin saya yang sentiasa menggunakan minyak sintetik sepenuhnya Shell Advance Ultra kerana ia memberikan kilometer yang lebih jauh tanpa sebarang impak kepada prestasi dan menjadikan motosikal saya lebih ringan dan lebih berkuasa. Saya amat terkejut dan sangat teruja kerana langsung tidak menyangka untuk memenangi Ducati Monster ini,” kata Khairil, pemenang Hadiah Utama.

JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70

Peraduan Beli dan Menang Shell Advance bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang memilih untuk meletakkan kepercayaan mereka pada Shell Advance bagi perlindungan lengkap enjin motosikal mereka. Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus mempunyai minyak asas jernih yang dihasilkan daripada gas asli dan membawakan pembersihan yang unggul serta perlindungan dari kehausan dan hakisan. Hasilnya adalah permulaan yang lancar dan kuasa yang berterusan pada setiap masa.

Perkongsian Teknikal Shell dengan Ducati membolehkan perkembangan produk Shell Advance yang diuji dalam banyak persekitaran. Minyak enjin motosikal kami memberi manfaat kepada penunggang motosikal di seluruh dunia dengan teknologi canggih dan keyakinan untuk meredah segala cabaran.

Ducati bukan sahaja menggunakan produk Shell di litar perlumbaan, tetapi juga memilih Shell Advance dan Shell V-Power sebagai bahan api utama untuk setiap motosikal Ducati yang muncul dari kilangnya di Bologna, Itali. Saksikan aksi Shell dan Ducati di Shell Malaysia MotoGP 2018 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, dari 2 November hingga 4 November 2018.

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply