ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perak berhasrat jadi negeri pertama perkenal bas elektrik tahun depan

Berita Tempatan

Views

Perak bakal memperkenalkan perkhidmatan bas elektrik bermula tahun depan sebagaimana diumumkan dalam Belanjawan Negeri 2020 yang telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk tujuan tersebut.

Berita Harian melaporkan, Pengerusi jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Paul Yong Choo Kiong berkata, cadangan itu sudah dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan sebagai satu cara menambah baik kemudahan pengangkutan awam di negeri ini.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Kata beliau, pihaknya menyambut baik hasrat kerajaan menyediakan sehingga 500 bas elektrik pelbagai saiz dengan kos RM450 juta untuk pengangkutan awam di bandar terpilih. Tambahnya, kerajaan negeri sudah menyampaikan hasrat secara rasmi kepada kementerian untuk menjadi negeri pertama memperkenalkan bas ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan, Chaw Kam Foo (PH-Menglembu) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. Choo Kiong berkata, pelaksanaan bas elektrik adalah satu inisiatif baru ke arah mewujudkan bandar bebas karbon.

Katanya, pihaknya percaya pada peringkat awal bas berkenaan dilaksanakan kelak, kerajaan negeri mungkin menghadapi masalah, tetapi pihaknya yakin kaedah itu adalah cara paling baik yang difikirkan kementerian untuk jangka masa panjang. Sekiranya dirasakan tidak sesuai, ia mungkin akan digantikan dengan sistem pengangkutan lain.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, perkhidmatan MyBas Ipoh yang bermula pada 1 Jun 2016 lalu menawarkan jaringan liputan menyeluruh dengan 16 laluan merangkumi jarak keseluruhan 367 kilometer. Jelasnya, kesemua laluan ini dihubungkan kepada dua terminal utama iaitu Terminal Medan Kidd dan Terminal Amanjaya.

Katanya lagi, rangkaian MyBas Ipoh turut membabitkan 11 laluan utama dan lima laluan pengantara yang mana beberapa laluan telah digabungkan dan dipanjangkan bagi memberikan perkhidmatan yang lebih cekap berasaskan jumlah penumpang di setiap kawasan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2020 lalu memberitahu, usaha memperkenalkan bas elektrik itu sebagai komitmen kerajaan untuk menambah baik pengangkutan awam serta mewujudkan bandar bersih dan hijau.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply