ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perak lancar pawagam pandu masuk pertama di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, Perak menjadi negeri pertama di negara ini melancarkan pawagam pandu masuk yang dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive, di Ipoh bermula malam tadi. Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata ia terletak di Downtown Meru mempunyai berkapasiti sebanyak 70 kenderaan pada satu-satu masa itu adalah inisiatif Perak Corporation Berhad (PCB).

Katanya, beliau memperoleh ilham untuk mewujudkan pawagam pandu masuk ini daripada pengalaman sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila kita diarahkan mematuhi penjarakan sosial. Jelas beliau, pengenalan pawagam ini dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan di Perak yang terjejas teruk ekoran pandemik COVID-19.

JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

Turut hadir ke majlis pelancaran itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif PCB Zainal Iskandar Ismail.

Sementara itu, Zainal Iskandar berkata, orang ramai boleh membuat tempahan tiket tayangan filem yang dikenakan bayaran antara RM36 hingga RM42 bagi setiap kenderaan dengan set snek serta minuman secara dalam talian menerusi laman sesawang www.sini-drive.com.my.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!

Beliau berkata, orang ramai boleh menikmati tayangan filem pelbagai genre termasuk filem aksi dan Bollywood bermula jam 8 malam hingga 11 malam pada skrin berukuran 6×18 meter itu setiap hari kecuali Isnin mulai hari ini (18 Julai).

Tambah beliau, satu frekuensi khas akan diberi kepada penonton untuk mendengar audio tayangan filem berkenaan terus dari radio kenderaan masing-masing. Kata beliau lagi, pihaknya bercadang untuk membuka panggung wayang pandu masuk ini di tempat lain seperti Kuala Kangsar dan Kampar jika ia mendapat sambutan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA
JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply