ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peralatan perlumbaan milik pasukan Ángel Nieto yang lesap berjaya ditemui – 6 lelaki warga tempatan ditahan

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, pihak polis merampas 42 alat komponen dan aksesori motosikal bernilai lebih RM75,000 milik pasukan Ángel Nieto yang telah lesap semasa perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia, bulan lalu. Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah, berkata rampasan dibuat menerusi beberapa siri serbuan di sekitar Sepang dan Bangi, baru-baru ini.

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan dibuat antara 3 November hingga 12 Disember lalu. Jelas beliau, pihaknya telah menahan enam lelaki warga tempatan berumur lingkungan 23 tahun dan merampas barangan serta aksesori motosikal.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Katanya, antara yang dirampas ialah empat beg pelbagai jenama, 26 unit brek pelbagai jenis, tujuh unit spanar, tiga batang peredam (damper), dua pemulas pendikit (handle grip), dua set pemanas tayar, dua helai jaket hitam berjenama, 14 unit skru dan enam botol minyak brek.

Tambahnya, siasatan awal mendapati seorang suspek mempunyai bengkel motosikal dan difahamkan menjual barang curi terbabit kepada peminat motosikal untuk diubah suai. Zulkifli berkata, ada komponen aksesori itu dijual pada harga lebih murah berbanding harga pasaran.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Beliau mengambil contoh angkup brek yang dicuri itu dijual dengan harga RM600 bagi setiap unit walaupun harga sebenarnya mencecah RM1,000. Peralatan ini mahal kerana ia buatan luar negara dan difahamkan ada antara barang curi ini sudah digunakan pada motosikal suspek.

Beliau berkata, dua daripada enam suspek didapati positif dadah dan mempunyai rekod lampau seperti jenayah curi motosikal. Antara suspek yang ditahan ialah pekerja sambilan sempena MotoGP dan mempunyai pas masuk ke kawasan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Kecurian pada awal pagi 1 November lalu itu membabitkan lima hingga enam pasukan yang kehilangan komponen jentera Moto3 dan Moto2, dengan pasukan Ángel Nieto yang paling terkesan. Antara komponen yang dicuri di khemah pasukan berkenaan termasuk set lengkap penyerap hentak, angkup, cakera brek, komputer riba, alat bengkel dan pemanas tayar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply