ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perdana 2016 Hitam Midnight tampak elegan dan mewah

Views

Putih Cotton sudah, Merah Ruby pun sudah. Kali ini giliran Perdana 2016 Hitam Midnight pula tampil menonjolkan dirinya! Nampak elegan dan mewah pula Perdana 2016 dengan warna ni kan? Tabik spring kepada pasukan PROTON|design kerana telah berjaya mengubah rupa Honda generasi kelapan yang nampak berusia kepada Perdana 2016 yang lebih muda dan bergaya. Cuma tang diffuser belakang tu la yang spoil sikit kan!

Pasti ramai yang dah sabar menantikan pelancaran rasminya pada 14hb Jun (Selasa) minggu hadapan.Kami akan membawakan lintas langsung majlis pelancaran tersebut yang akan disiarkan melalui laman Facebook rasmi Funtasticko.net. Kepada yang belum like lagi tu sila lah like ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

perdana 2016 - 5 perdana 2016 - 4 perdana 2016 - 3 perdana 2016 - 2 perdana 2016 - 1 dashboard perdana 2016 - 1 dashboard perdana 2016 - 2 enjin bay perdana 2016 interior perdana 2016 - 1 interior perdana 2016 - 2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

36 Comments


  • apa kejadah logo kt steering masih logo lama, QC xbuat kerja ka? atleast buat la logo emblem kt steering tu mcm preve…br nmpk eksklusif..


  • Difuser tu tak perlu cat pun sebenarnya,plastic asal memang dah warna hitam,biasa vendor akan cover je part yg tak perlu cat mcm kat bumper depan,ni bukan sebab cut kos mb memang top management punya permintaan


  • terlalu asyik menguji lampu dan bumper baru sampai lupa nak update logo kat steering…Proton oh Proton…

    ride & handling by Proton or Honda?


  • betul la..nk selamat beli warna hitam..

    yg ckp interior buruk tu,,, fyi Honda x bg ubah design interior… ap pun Proton da buat yg terbaik… design interior ni exactly mcm Honda Accord 8th Gen. 3.5V6 (Top Spec)..
    bab steering tu..hahhaa.. pelik pulak.. kenapa guna lambang mcm tu….hmmmm..

    bab diffuser belakang je la yg pelik..kalau guna colour hitam mesti da cun.. haih..
    tggu Persona n Saga pulak..harap x mengecewakan


  • Aku tahu bab stearing bodoh tu,, spatut nya bukan mcm tu,, ni semua sebab orang atas,, tak study lgsg, cuba tgk skit stearing kreta nissan,bmw,vw,audi,ckup berbeza. Nak tanye kat mana push start button perdana?? Xde paddle shift?? Kasi tunjuk skit kunci dia!!


  • Klu nie spec paling rendah, takkan laa logo pon pkai cikai punya?! Adoii laa proton. Macam serba tak kene laa Perdana nie, itu laa ini laa, testing dah bertahun2 tpi bende kecik pon terlepas pandang. Top management tu orang main kereta k org main politik masuk dunia automotive?


  • Kalau letak logo emblem kat stering kena test balik aseam ncap. Maybe embelm tu akan meyebabkan kecederaan pd muka semasa airbag nk deploy.
    Pd pendapat saya perkataan “2.4” dan “perdana” pada bonet perlu diletakan ke bawah sikit.


  • Saya sgt ingin tahu restrictions yg Honda kemukakan pd Proton utk model ni. Ada sesiapa boleh jelaskan? Saya kira, ni sebagai bentuk ‘pembelajaran’ kpd Proton utk segmen D akan dtg. Saya yakin versi face lift bersama enjin EO1 akan ada pengubahsuaian mengikut cita rasa pengguna..


  • Getah kawal hentakan,air dan habuk di pintu ada 2 ke 1? Saga blm buat saya mata problem, hidung problem paru paru problem,celaka punya ceo. Pernah nampak tak dr pam angin periksa tekanan darah, getah di pintu boleh pakai pam angin kuasa bateri kawal tekanan autometik.


  • Utk pengetahuan semua, honda hanya membenarkan pengubahsuaian luaran dan talaan suspensi sahaja. Perubahan dari segi eletronik dan wirering adalah tidak dibenarkan. Dan utk pengetahuan semua proton dah try utk install curtain airbag dan push start button tetapi malang modifikasi pada kerangka asal perlu dilakukan dan tidak mendapat kelulusan honda. Serta emblem honda harus dikekalkan jika proton mahu gunakan emblem seperti terdapat pada preve n et.
    Harap maklum


    • Honda Accord 3.5 V6 yg dulu boleh ade curtain airbag. Awat tak dpt kelulusan jugak utk Proton pasang curtain airbag? Trim kayu & seat beige yg serupa accord 3.5 boleh pulak pasang.


    • “Serta emblem honda harus dikekalkan jika proton mahu gunakan emblem seperti terdapat pada”

      betul ke Honda takkasi ubahsuai?

      atau just nk tutup kerja BONGOK IDIOTIC top management PROTON yg wajib dipencenkan segera tuh?

      kolaborasi HARAMJADAH apa oii klu stkt PROTON hnya dibenarkan ‘ah beng-kan” diffuse n bumper drill ternganga bodoh tu then test mcm haram bertahun?

      bodoh sgt kot klu tetiba sale ahbeng perdana ni naik mencanak lps launching?

      aku rasa PROTON tkkn diselamatkan lagi oleh Khazanah..lps rm1.5billion debt tu kita kena redho lah jika Proton trpksa ditutup..

      cuma aku mntak sapa2 yg otai tahu psl org2yg buat keja penjahanam sbnr dlm PROTON ni tlg war2kan sikit jawatan dn nama2 mreka.. nk tau jgk rupa mreka2 yg bngang ni mcm mana boleh kekal dlm PROTON sekian lamaa..

      : )


      • Mmm…la nie prootn di bawah DRB, bukan Khazanah:P
        Proton xkn tutup setakat nie sebb aset n ikonik negara dlm industri automatif negara n sebahagian drp plan wawasan 2020 dlm industri. Doa yg baik2 utk prootn moga model2 baharu mendatang dpt merangsang pertumbuhan jualannya.

        Bro, sy rasa apa kata bro apply jadi CEO proton yg baharu memandangkan bro seorang jer yg pandai n rasa dpt memulihkan ekonomi prootn:P ekeke. Sorry:P

        Cheers!


        • Iconic ; widely known and acknowledged especially for distinctive excellence.
          Sesuai ke kalau nak anggap Proton ni ikonik?

          Semua orang tahun Proton bawah DRB. Tapi kenapa bila rugi mintak duit Gomen?


          • Mmm… mgkin la ko tak bercita2 satu hari prootn akan menjadi ikonik dlm industrinya. Sbb sy rasa ko pun mcm tak mengiktiraf prootn sebagai kereta nasional… Study sejarah penubuhan prootn bro. Mgkin la sebb ko malu sebagai rakyat, prootn masih x excellence mcm company2 asing yg ko rasa bangga:P

            Walaupun prootn bawah DRB. Proton masih bleh mendapat pinjaman dlm bentuk geran RnD drp gov melalui Dasar Automatif Negara (DAN) kerana statusnya kereta nasional. Depa bukan minta cam tu jer, depa pinjam bro. Kena bayar balik. Even melalui ambilan saham keutamaan RCCPS Govco milik MOF drp DRB bernilai RM1.25b pun after 5 years kena bayar balik termasuk dividen 4% setahun.

            Cheers!


          • buat apa aku nak bercita-cita2 untuk Proton? buat apa aku nak berharap tinggi pada Proton?
            Walk the talk first, buktikan lepas tu baru boleh fikir pasal ikonik dan membanggakan.
            apa yang aku nampak sekarang ni Proton bercita-cita tinggi tapi hasil macam orang bercita-cita rendah…


          • Mmm… pernah terbaca artikal pasal seorng pelabur asing bercakap tentang industri. 2 company iconic yg dikenalinya n rakyat m’sia patut proud adalah petronas n proton. Kesian… org luar pun bleh berbangga dgn company ini walau ada jatuh bangunnya.cuma segelintir rakyat kita yg entah tak tau mana bumi yg dipijak. Cian cian… :p

            Cheers!


  • Letak harga mcm tu mmg layakla kasi pelopor-pelopor jusa je yg naik.. kuasa pembeli dah takde.. sbb pon antibiotik dah ade skrg ni.. asal proton tenat je ade org ubatkan.. mcm ni sampai 18 ratus ribu tahun pon bole hidup..


  • Kalau betullah logo kat steering guna logo versi lama, secara tak langsung begitu lah budaya kerja proton. asal boleh dan asal ada..


  • meloya tekak aku baca komen Fauzan pengampu tu.. defensive sgt lps 30 thn ikonik menatang ape bro asyik kena bail out suntik billion.

    kita end user pn dpt lihat jelik kelemhn Proton yg berulang2 dn xpernah berubah..so nk taruh harapan kt mna klu TUMOR perosak dlm PROOTN (aku perasan si Fauzan pengampu ni heja mcm tu.. ?) tu tk dikikis buang dn hasilnya perubahan pd produk kualiti Proton tu improved. then kita ak bg harapan dn support jg wpn masih rugi.

    cth ank dpt upsr 2A2C1D tp rayu2 dpt masuk MRSM sbb nk tlg ank punye psl. then PT3 result trok lg, SPM xde A lngsng, pstu apply matrik merayu pd Pengarah tlg la amkk dia.. ko agk2 Pengarah Matrik KPM nk kasi masuk tk dgn track record budk cmni? nk guna budibicara justify ats apa utk ambil klu track record pn mnnjukkn GAGAL.

    Fauzan, ko ni pehal mengampu PROOTN terok sgt ni… kegagalan dn kerja buruk PROOTN ko jilat over lbh2 sgt..

    jelikk oii bace ayt2 ko.. mcm Bapak Sazali style.. pstu suruh orgkomen tu jd ceo PROOTN? Senget laa ko ni Fauzan.. berjuta la rkyt kena masuk tnding jd PM klu kaedh ko tu?


    • Mmm…sabar bro. loya tekak ye? Dh berapa bulan? Jgn muntah sudah kang batal posa. Ekeke.. gurau:p ko cakap apa nie bro? Sy yg dok gebang perdana baru yg belum dilancarkan lagi nie ke atau ko yg meroyan sbb ko yg x puas hati sbb ko ada masalah dgn proton? Abis tu ko nk cakap mcm nujum kat benda yg xkuar lagi berdasarkn pengalaman buruk ko kn? Dah bleh agak spesis cengini akan pukul gendang cari geng meroyan kat blog2 cenggini. Sorry:p

      Kalau rasa dh x suka. Xyah pun amik tau pasal perkembangan proton nie. X yah beli pun produk proton. Diam2 jer. Ada duit lebih beli jer produk lain. Kalau ada masalah kat produk tu nanti pun diam2 jer. Malu sbb bukan produk proton. X best kalau nk kutuk nanti:p

      Sy faham, pendapat masing2. Kalau x dpt terima pandangan sy berlapang dada jer la, x gitu? Bagi pula pendapat masing2. X baik meroyan, menghasut orng lain hanya kerana kita x puas hati, kita yg benci.

      Apa2 pun jom sama2 luaskn membaca, tambah ilmu. Baru la ada point yg bleh kita kongsi bersama. Lihat gambaran yg lebih besar n positif berbanding jadi langau menghurung t**k bercakap benda yg kotor. Sorry ye. Ingatan. Sy pun x perfect juga.

      cheers!


  • Govco akan menukarkan nilai 1.25 bilion Saham Keutamaan Boleh Tukar Boleh Tebus Terkumpul (RCCPS) ke dalam Proton dengan mengistiharkan dividen belum berbayar untuk RCCPS (keseluruhan bernilai RM574 juta) kepada saham baharu 2.1 juta Proton pada akhir tempoh 15 tahun. Di mana saham milik DRB-Hicom di dalam PHB akan dicairkan dari 100% menjadi 20.72%, manakala Govco akan memegang kepentingan dalam Proton sebanyak 79.28%…

    Di mana Govco adalah 99.99% dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan)…

    Dalam hal lain, sepatutnya perubahan haluan Proton mampu berjaya, di mana ia mempunyai pilihan menukar sebahagian atau seluruh mana-mana PHB RCCPS yang cemerlang ke dalam saham-saham PHB pada bila-bila masa selepah tempoh lima tahun. Harga pertukaran yang disenaraikan dalam sebut harga ialah 87 sen setiap saham PHB daripada nisbah penukaran satu kepada 1.152 saham baharu PHB…


  • Bab logo kat steering dan rear end diffuser yg hampeh,mmg xdinafikan lagi. Walupun honda xbg logo cam preve@iriz,atleast embosslah plastic mold tuh dgn logo proton baru,bukan logo proton lama. Emblem kan dah logo baru.

    Pasal rear diffuser,klu xnak bagi crome tip kat fake ekzos,xyah wat fake ekzos,nampak cam kete xsiap.

    Wat simple cam suprima,mahupun kosong mcm preve pun,ok,xdalah nampak half bake.

    Yg preview kat journo dl ok dah dgn kaler itam n chrome tip. Wat per g tukar last minit.

    Walupun aku peminat proton,yg xelok,ttp xelok. Tp overall design dah ok sgt,just spoil kat rear diffuser.

    Interior,no komen sbb honda,tang logo tu jek,walupun wat plastik mold jek,pkailah logo baru. Itu jek.

    Curtain airbags,xda proton nak cube isi,sbb klu versi luar aircord mmg 6 airbags. Pada hemat,cume honda xbagi,nnti nampak lebih premium dari yg dia.

    Tp sbb perdana bukan utk mass sgt,aku xkisah ngat. Cume menda remeh temeh nih jgn ler bg spoil.

    Harap persona n saga 2016 x ulang kesilapan remeh.

    Walupun aku tau,carry over part dlm persona mmg tinggi from iriz,tp biolah nampak lebih elegan atau ada nampak improvement dalaman dia,jgnlah jadi just iriz tambah boot jek.

    Aku tau,interior sama cam iriz,just up kan ckit,atleast balut kulit kat steering,gear knob n handbrake pun dah ok utk sume variant,dah nampak n feel lebih elegan dari iriz. Pasal pkai dual tone tuh,good decission utk persona,cume harap matchinglah dual tone tuh.


    • Diffuser belakang hanya pada Varian executive Dan premium.. Varian standard tiada diffuser, kepada sesiapa tidak berminat design diffuser boleh pilih Varian standard.. Berharap sangat Varian standard berharga di bawah myr90k, boleh beli satu(trade in)..

Leave a Reply