ARKIB

KATEGORI

Buletin

PERHATIAN!!!

Views

Minta tolong sahabat-sahabat kat sini kalau terjumpa link gambar slide yang “leak” baru-baru ni, minta owner blog/website/facebook & lain-lain keluarkan gambar tersebut. Tujuan saya buka post ini adalah untuk membantu sahabat kita bro Nazz P1 Glenmarie untuk keluarkan gambar tersebut sebelum tersebar lebih jauh lagi. Ada isu besar disebalik pengeluaran gambar tersebut, diharap sahabat-sahabat yang lain boleh membantu. Kerjasama anda semua amatlah dihargai. Terima kasih. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

125 Comments


  • alamak…. kesian la kat bro nazz. dia nak kasi ceria dunia auto mesia alih2… ada mslh… apa pun kita akan cuba bantu mana yang boleh. sy harap pihak proton jgn ambil tindakan terhadap bro nazz ataupun org yg siarkan hal foto leak baru2 ni. please proton n drb… sebagai rakyat mesia sy harap sgt… rakyat terlalu excited nak tahu tentang proton. semangat ini yg kita nak.


    • info PNC company leak mcmana….tu yg bahaya.. periuk nasi sendiri kene r jg.. coz benda nie tak keluar lagi… bila sykt lain curi idea nie proton gak yang rugi… dunia automotive ni kejam… tak kira lah nak kata promo percuma tp hak intelektual (intelektual properties) kita kene hormati…. mcm rahsia keluarga kita di cerita kan org luar… kan tak elok tu bunyinya… lain kali berhati2 lah… aku rasa leak gambar2 ok.. kalu dah sampai info details syarikat.. tu mmg kes berat yg amat sangat tu…. syarikat dah tak percaya pada pemegang amanah syarikat…


  • huhu…makin serius jadinya…

    ada LESSON LEARN yang dapat dipelajari daripada peristiwa ni..

    “internet ada waktunya boleh jadi kawan, ada ketikanya jadi lawan” [Abe,2012]


  • yo lah. tu kan internal document. memang tak patut di share dgn org luar tanpa kebenaran company.

    tapi yg company tu lempab nak mampos keluarkan official info, org ramai yg kat luar ni terkinja kinja nak tau, memang lah some info akan terleak atau dileak kan.


  • Hi,
    I search “P3-21a” on google image, funtastickodesign website still appear.
    I think admin better delete the picture from server.


    • itu dah archive by google… memang dah tak leh nak delete dah.. kecuali google yang deletekan… Ada dia nak layan?

      Ingatlah, apa yang kita upload kat Internet, mungkin akan datang menhantui kita pada masa depan… sama juga macam buat komen kat blog nih….


    • ape jenis manusia ni, x baik doakan yg buruk2 untuk orang lain, mungkin hari ni hari dia, besok lusa mungkin hari kita pulak, tuhan tu maha adil…..


    • apa ni bro, sy buat ni atas dasar membantu sesama kawan, ni dah la tak bagi moral support, siap bagi komen sinis lagi.. at least dia dah buat sesuatu utk buka mata orang pasal p3-21a.. cuma nasib dia tak baik kali ni, harap dia tak kena apa2 tindakan


    • Udemg, janganlah kasar sgt. Kami tahu dah anda kaya, byk duit, kereta mahal…. Tp hal ni agak serius, jgnla berlaku sedemikian… Klu Allah tu nak tarik rahmat yg dia berikan kat kau, sekelip mata je bro. Ingat la selalu.
      Udemg, boleh ke kau bagi nama penuh kau. Teringin nak tau kau ni Islam atau tidak. Peace.


      • Dun worry bro nazz, we can stil try to reduce the damage. Tp apahal ngan proton ni, dah lah marketing product pun begitu lemah, bila orang nak tlg pun nak marah? Any publicity is a good publicity! Kalau betul la bro nazz kena saman, semua yg saya brainwash suruh hold jgn beli kereta smp p3 launch akan saya brainwash sekali lg! Muahaha!


      • Itu lah bro.. lain kali bila kite di beri amanah sila lah jaga dgn baik. Ini baru trouble di dunia ni… kat akhirat nanti? harap harap jadi pengajaran ye… bukannye lain kali hati-hati supaya tak kantoi.. tapi LAIN KALI JGN BUAT LAGI!!


  • ayoyo… Bro Nazz..sudah pening kepala.. tapi diharapkan proton dpt berkompromi sikit la.. lbh kurg sbulan je lg nk launch kot.. ni kire promosi la ni..

    in marketing, this is what we call to create the public awareness. so then the public will get excited and cannot wait for the launch of the product. then the showroom will full of audience and prospect. Be creative..


    • mcmana leh kata mcm nie.. kalu seseorang tu jual info company mcmana nak kompromi… mcm kita curi duit company takkan nak compromi.. org lain akan terus buat.. tul tak…. terpulang pada syarikat nak nak keluarkan bila… lg pn proton dah bukan milik rakyat malaysia.. dah swasta dah…. pandai2 lah dorang nak hidup…..

      kalu nak compromi byk lah pencuri kat penjara tu kita leh lepaskan.. compromi mah…


  • kenapa nak jadi kes besar?
    kes besar kepada siapa?
    dah tentu bukan kepada pembaca blog.
    dahtentu bukan isu kepada pemilik blog/web/facebook.
    isu besar adalah kepada proton sendiri yg lembap.
    dah tahu kata secret recipe, buat apa ko bagi org snap pic slide.
    dh tentu org proton sendiri.

    keta tak la gempag mana pun,
    gambar leak lebih gempak dari kereta.
    ka ini strategi proton.
    sudah la…
    p321a ni dh basi la.
    comp lain produce bnyk model tk kecoh pun.
    model lagi hebat dari ni.
    keypoh la ..”


    • ko pergi kat company ko.. lepas tu ko publish strategi company kat compititor ko.. ko tengok ko keje lagi tak kat company tu lepas tu…. aku cabar kau lah.. buat


  • satu kerja yg mustahil nak remove menda yg dah tersebar dari internet.. mustahil 12345. nasi sudah menjadi bubur.. apa2 hal pun proton tak patut perbesarkan kes nih.. macam kata kawan2 lain juga.. ni satu bentuk marketing / free promotion… kalo proton nak ambik tindakan juga.. mmg banganglah


    • tak perbesarkan.. cuma lah company ni hang punya org bocorkan rahsia.. apa lah rasa hang kang…. sonang jer cakap…apa lah mentaliti org melayu nie.. sbb tu byk melayu yg merompak.. rasuah.. semua pasal mcm nie lah.. takper lah… kalu mcm tu aku curi barang dari rumah ko… lepas tu ko jgn r nak tuduh aku ambik ek.. boleh mcm tu… haram jadah tul


      • ape yg rahsia sgt…dah bole kuar gambo kot…lagi tak kuar lagi loss potential buyer la wei proton… sure nye buyer yang nak beli kete this month akan go to H or T rather than proton p3….lembat sgt nak wat marketing…lembap…lembap…lembap…..kejadah ape proton nie…..


    • pd aku ape yg bro naz buat bkn utk kepentingn diri dia..
      bknnyer bro naz adpt ape pun..
      cuma tepis tanggapan buruk org pd proton…
      bila ade leadk @ info org akn xsbar nk tau lebih detail..
      tp proton mcm segan malu nk buat teaser..xkonfident kot ngn produk
      yg di buat..


      • polisi company lah bodoh… kalu produk or resepi ko pekerja ko leak kan apa ko rasa…. ko nak bagi dia jadi pekerja cemerlang ker bangang


  • Harap Bro Nazz dapat bersabar, kami semua akan memberikan sokongan kepada bro Nazz kalau pihak Proton @ DRB-Hicom mengambil tindakan yang tidak sewajarnya. Pihak pengurusan Proton perlu memandang perkara yang berlaku ini daripada sudut positif, dengan penyebaran benda leaked macam ni lah public lebih teruja menantikan produk terbaru Proton..

    Kalau Bro Nazz dah tak aktif dalam dunia automotif dan blog lepas ni memang tak bestlah, kami semua ternanti-nantikan setiap info terbaru..


    • Ni cakap-cakap je la. Tak bermaksud apa-apa. Pernah dengar tak pasal betapa pentingnya Apple evangelist untuk product diorang atau in this case kamu semua Proton evangelist untuk product Proton. Jadi apa yang ditulis di sini, orang ambil kira. Ingat, word of mouth boleh make or brake sesuatu product. Jadi, imagine kalau website atau blog atau forum yang selama ni fight untuk pertahankan Proton separuh mati tiba-tiba go against Proton. Tak bermaksud apa-apa, cuma nak remind bertapa besarnya kuasa kat tangan korang semua. 🙂


      • bodoh pnya comment.. bila anak ko keje nanti curi info company leak kan.. ko masih nak bangga ker…. ingat agama lah wei.. melayu mmg bangang lah… cakap tak pikir…. ko ajar lah anak ko mencuri senang… lepas tu ko puji lah dia.. curi lagi lah nak… bagus


    • Banyak lagi tempat kerja lain untuk Bro Nazz kalau berlaku apa-apa. Bagi aku, Bro Nazz memang dah terbukti seorang yang berdedikasi kepada kerja dia.. berapa ramai, salesman sanggup bukak blog dan share info? kalau proton tak nak, dia boleh cuba kat company lain…


      • kerja kat tempat lain dia leak kan info company lain lak.. tak amanah.. apa kes… kalu dia keje kat kedai mamak pun mamak tak ambik.. abis resepi kari dia jual kat org lain…


    • This in not just about the info on P3-21A la de.. it’s much bigger than this… If proton let this go on like this.. in future (or currently already on going), there might be even more private n confidential and sensitive information abt proton being leaked which could potentially kill the company… thus example must be set, action must be taken..plus when you signed up to work in proton or any other company you must have signed agreement to keep PNC matters from leaked outside if not diciplinary action will be taken…


      • tak kisah la yg dah leak tu…yg aku bosan nie…proton slow…siput sedut….habis cuba bagi specific date la bile korang boleh keluarkan brosur..advertise kat tv and paper boleh!!!!!!!!…tapi aku tengok takde tindakan ape2 pun..dgr nak launch mid of march.jangan senyap je wei…cepat sikit bole…lembap punye proton…lembappppppppppp!!!!!!


  • saya doakan bro nazz bersabar dan berharap pihak Proton tidak mengambil sebarang tindakan terhadap beliau.

    memandangkan 4/5 minggu je lagi nak dilancarkan, kilang kat tanjung malim pun tengah mula berpeluh dek production telah mula besar besaran,

    melihat response positif dari orang ramai yang mana mulanya, kondem macam haprak sangat P3-21A nih,

    Pengkritik terdiam dengan terdedahnya spec yang melebihi kereta sekelasnya yang diimport,

    Banyak response yang sebenarnya tertunggu, dan telah bersedia duit ditangan untuk membayar deposit walaupun belum lihat didepan mata,

    pendedahan yang dibuat oleh bro nazz, walaupun tidak menyeluruh ( aku yakin bro nazz banyak lagi perincian yang belum dikeluarkan) telah memadamkan keegoan pengkritik Proton.

    walaupun beberapa jam, tapi lihatlah betapa jenama Proton sebenarnya telah mula hangat dibicarakan dari pihak kawan dan lawan.

    cuba lihat statistik berapa banyak hit pada pautan P3-21A, Proton.

    Marketing era media baru seperti inilah yang diperlukan oleh pihak Proton tanpa budget yang besar tapi kesan yang KEBABOOO!!!

    Yeap, aku akui apa yang bro nazz tu silap dari segi etika, tapi amat baik dari segi marketing…

    So, Proton perlu memaafkan bro nazz (jika beliau melakukan kesalahan), pihak Proton perlu mengambil kesempatan ini menterjemahkan sifat ingin tahu orang ramai dalam bentuk “selakan” rupa sebenar P3-21A dari sekarang sedikit demi sedikit sehingga habis “dirobek” segala tampalan.


    • saya akui apa yang bro nazz tu silap dari segi etika, tapi amat baik dari segi marketing…
      zaman dah berubah…cara marketing pun kena berubah jugak ikut keadaan…dulu lain skrg dh lain… dulu2 org main MIRC skrg org main FB….
      barulah Proton boleh bersaing dipasaran terbuka…. tak ke gitu Mr John Doody Chacko.. Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Proton…

      memetik kata2 DSZ,..
      “Dengan slogan ‘Komited menjadi lebih baik’ kami berikrar memperbaiki dalam tiap-tiap cara, dan digabungkan dengan kelebihan pengalaman global John pada strategi pengguna dan pemasaran, saya yakin bahawa syarikat kini lebih dilengkapi dalam usaha untuk yang membantu menolak jenama Proton ke fasa seterusnya dalam perjalanan pertumbuhan, bukan sahaja di Malaysia, tetapi pada peringkat antarabangsa. “

      Semoga Proton terus maju kedepan…


  • Just a thought. Ada x sign confidentality agreement waktu nak pergi training tuh? Kalau ada susah jugak. Bukan nak mendoakan sesuatu yg buruk. Tapi, pihak Proton mmg boleh ambil tindakan. Let’s hope benda ni boleh settle cara baik.

    Maybe ada sebab Proton x release awal2. Maybe nak surprise the competition. Kalau dah semua important info dah jadi public, competition may have time to work out a strategy to response to the detailed info. Mana tahu Toyota launch versi baru Vios yang cukup lengkap dgn harga yg competitive.

    Tak boleh nak salah kan P1 pasal ni. Ini semua maybe strategy P1. Sekarang abih, satu MY dah tahu.

    Just a thought, dari ramai2 yg mengomen ni, berapa ramai yg nak beli? Percentage dia tinggi ke?


      • Tulah pasal. Kan dah susah. Saya rasa nak buat scoop tu boleh tapi jangan la presentation tu release sebiji-sebiji. UK & US magazines pun banyak buat scoop ni. Dia pakai “according to reliable sources…..” Siap buat illustration lagi. Kadang2 tu sebijik dgn final products. Kena cerdik le sikit.

        Internal briefing utk product launching tuh mmg le selalu ada comparison dgn competitors. Biasala tuh. Apa yang peliknya. As long as correct facts, x de masalah.

        Apa2pun, pasti ada tindakan, cuma kita harap tindakan tu x la severe sgt.


    • aku pun nak leak r.. boleh buat duit.. korang maafkan perangai mcm nie kan.. amin…. byk lah company punah kalu ada ramai lagi org pikir mcm nie.. nasib lah ko tak jadi hakim.. byk lah penyangak yg ko bebaskan


  • aku dah tgk semlm secara tak sengaja di FB, hari ni cari balik gmbr tu dah tak jumpa…

    secara jujur… 1st impression mmg gua jatuh cinta, walaupun tgk dlm h/phone, interior & exterior mmg menarik… sure (insyaAllah), proton baru ni akan memberikan hasil yg baik kpd Proton…. untung DRB, ROI sekejap ajer dpt balik… hihihihi..


  • dlm slide tu ada diselit brand kereta lain especially vios n city.
    vios n city headlampnya dikatakan dlm bahasa pasar dh selalu org tgk atau nk termuntah kalau tgk sbb design tk sehebat p321a…akaka…
    brand merc, audi n vw pun ada psl daylite led tu.

    silap haribulan, proton kena saman dgn 5 comp kereta serentak….
    sbb tu rahsia syarikat, org yg jaga kena jujur dan patuh.
    tp biasala…proton ramai melayu…melayu kalau benda2 nk heboh ni mmg dasyat…

    dah la proton buat loan 4 bank utk lotus..
    kalau kena saman….
    mau lotus yg jual proton…
    bukan proton yg jual lotus…

    dan jika dibaca dari komen…bro nazz adalah org sumber kpd funtasticko yg bg spyshot proton….funtasticko unik dari paultan kerana proton ..itu sahaja…lain2 biasa sj.

    aku rasa proton tk kisah psl leaking slide ni…sbb dulu dh keluar especially dlm tv3…isu sekarang kerana third party tk puas hati kt proton….kira proton kena maki dgn jiran sebelah….sbb tu jd kes besar….

    anyway…kereta2 kia yg baru ni cantik sungguh…..


  • opocot… terlebih sudah… haha…
    sepatutnya yang ingatkan aku ‘hari ni hari dia, esok hari engkau pulak’ tuju kt sape2 yang happy sgt bila gmbr ‘suam’ tu keluar, bukan main hentam brand lain.. sepatutnya proton kena didik fanboys dorang ni.. haha..

    tentang nazz tu, rasanya tak perlu la aku mintak maaf sbb bkn niat aku mendoakan. salah siapa? salah naz? ya.. salah proton? ya juga… sbb apa salah proton? tengok la slideshow tu… kerja profesional ke tu? nak latih SA dengan hentam brand lain d showroom nanti kah? haha… nampaknya sifat menghasut ‘melayu’ masih menebal.. guna la global approaches plak, kan global product ni kan. global sgt ka? xtau xtau.. haha..

    bg yang bertanya aku ni islam ke x.. alhamdulillah aku islam, dan sikit2 menuju ke tahap mukmin pulak… insya-Allah.. dan jauhkan aku dr menggunakan perkataan yang tidak sepatotnya spt ‘mangkok’.. haha..


    • Ko pernah jual kereta ke? Memandai pulak? An SA shud know the best out of a car that he sells, but at the same time, dah jadi lumrah manusia, esp wen comes to malaysian, we like to compare things, wuts better n wuts lacking. Comment ko yg tak berasas tu pun banyak compare ngan kereta lain! Lepas tu bawa isu racism, ko ni ada otak ke dlm tengkorak tu?


    • aku sempat baca slideshow tu , biasa je ,, tak hentam brand lain pon, klu ada tlg tunjukkan yg mana satu? yg ada prbndgn feature je, takde lak dia kata toyota punya pedal brek tersgkt kat floor mat sampai terbabas, atau kia punya keta bila selekoh tajam sikit rasa mcm nak terbalik ke, atau myvi punya torque terlebih power sampai terbang panjat lori/van ke atau honda bunyi enjin je lebih tapi tak lajupun atau nissan punya design taste org tua ke atau atau huhu..contoh je..

      yg aku perasan ada psl drl – mcm kat audi / vw…erm yg lain tak berapa nk ingat tp bagi aku peniaga mesti jujur..klu ada cakap ada, klu takde cakap takde…jgn auta pembeli….tak guna pun hentam brand lain, sbb lambat laun org akan tau gak yg mana yg betul..info di jari la katakan…


      • eh tu contoh je, tak banding pun dgn proton, tak hentam pun sbb contoh je tp klu terasa tu minta maap la
        apa pun klu rajin ke foeum keta lain pun ada gak bndg2 dgn keta lain, bkn kat malaysia je. huhu
        x jwp lg soalan yg mana yg hentam brand lain tu? hehe


      • udemg,
        kalau kita ada sesuatu product, memang kita kena bandingkan apa yang kita offer dengan apa yang competitor kita offer. kalau kita tak benchmark kan dengan comppetitor offering, macam mana kita tak nak tahu kita lebih bagus offer nya atau tidak?

        slide itu, adalah satu gambaran yang menarik. ramai pelanggan akan tanya soalan itu, dan kita highlight features yang memberi kelebihan kepada kita. part of sales and marketing le…


  • Proton perlu ambil tindakan tegas.. Lebih-lebih lagi sekarang ni nak globalkan penjenamaan.. Nanti masa akan datang orang akan ungkit, “hek eleh..dulu ada orang dedah details P321A, Proton tak ambil tindakan apa-apa pun”..

    Cuma,

    Bagi seminggu peluang kepada yang tertuduh untuk membetulkan kesilapan, jika tak dapat juga, kena la terima apa-apa tindakan dari pihak atasan..

    ———————

    Sebenarnya apa yang membuatkan gambar tu perlu ditarik balik?
    jom berspekulasi:

    1. Kemungkinan perancangan pasang YES pada P321A tu masih lagi peringkat perbincangan, bila orang YES dah tau proton nak pakai YES, diorang boleh mark-up harga? macamtu ke?

    2. Slide yang ditunjukkan lebih kepada mengajar Sales Advisor macamana nak terangkan kepada pelanggan kelebihan P321A, sebab tu ada gambar perbandingan.. So, bila gambar itu leaked, seolah-olah Proton memburukkan nama pengeluar lain? padahal slide tu untuk internal sahaja.. macam tu ke?

    3. Pihak yang buat promosi dah hangin sebab kacau plan promosi mereka..macam tu ker?


    • walaupun proton betul, pada pendapat ikhlas aku proton can’t afford untuk ambil tindakan legal. Bukan dari segi duit tapi reputation. Kerana yang terlibat ini ialah for better or worst ialah diehard fans Proton.Percayalah positive buzz macam ni ialah holy grail untuk marketer. Diorang sanggup belanja puluh juta untuk generate benda macam ni, dan proton get all this for free. Leak still salah, tapi kalau aku jadi boss proton aku akan let it slide for this time.


  • Kesian kat abg Nazz, nabi pun ampunkan umat… jangan la kasar sangat proton, rasa kecewa je dgn isu ni… harap dapat solved dgn cara yg baik. tapi kalau proton lebih2 pulak kita boycott je la proton tu.


  • udemg, internal circulation proton,walupun buat perbandingan,xpenah ada letak secara nyata dlm showroom. Aku taulah coz aku ada byk internal circulation prtn,tp bile aku lwt mana2 showroom,xda pun. Tp,masa exora kuar,aku g showroom nissan, showroom toyota, showroom cherry, siap tampal lagi kat dinding, produk diaorng banding ngan exora, keburukan exora sehingga double blowerpun dikatakan keburukan. Tp yg pelik,showroom betul2 kepunyaan manufacturer tuh, mmgpun itu internal circulation,xperlu tampal. Klu ko ada pengalamanlah, masa exora kuar, showroom nissan, lg teruk diapunya perbandingan,mmg kaw kaw punya. Xslah utk latih salesman, tp aper cer tampal kat showroom?
    Siap salesman tuh suh aku baca,n siap bg fotostate lg perbandingan tuh.

    Tulah udemg, tgk ckit dunia. Walupun duit byk, kena gak byk ilmu coz ilmu xbleh dibeli dgn duit. Ingat kata pepatah,ketinggian ilmu, kerendahan hati.

    Nak sampai tahap mukmin,bgs2,i.allah,aku doakan sama2 tp dgn cara ko bercakap, xdapun aku nampak tahap2 tuh :-),tp yer la kan, kita xleh judge,tuhan je yg tau.

    Setahu akula, kutuk mengutuk, xpenahpun nabi ajarkan. Nabi ajar nasihat n kritikan membina. Sombong n riak adalah syirik kecil. Aku xtujukan kat ko,tp sekadar renungan bersama. Kita sume nak jadi mukmin yg soleh kan. I.allah.


    • x silap aku, ade la jugak mamat yang membodohkan org laen.. rasanya nabi pun x ajar camtu.. haha..

      tp kalo die lupa, nk bt camne.. melayu mudah lupa.. haha…

      rasanya aku ada la jugak ilmu… sbb tu aku boleh buat average lebih dr 4k gaji suami + 4k gaji isteri untuk sebulan, dalam sehari sahaje kalau aku bahagi dengan 365 hari setahun…


      • udah2lehh.. kira ko menang je… baik kita tlg kwn kita tu dalam kesusahan.. drpada melarat2 entah kemana2…

        setidak2nya kita ada kesedaran nak tarik balik gambar tu,,, moh le kita carikan link2 gunakan gambr tu,,,

        nama ko nie dekat sgt dgn aku lahh… oshhh..


      • allo bro udemg….ko nk hujah, hujahlah ikut pandangan kau.
        tapi ko cuba nk letak jumlah gaji ko yg 4k tu, ko mcm riak je…tapi cam riak bodoh sombong,..ko ingat gaji 4k ko tu kiranya ko dh kaya plus hebat sgt kaa….masyaallah…..takat 4 k tolak keta ko, umh ko, tolak ccredit ko, tolak loan ko, tolak belanja dapur, tolak itu tolak ini….masih 4k ka?….

        tk payahla masukkan isu personal dkm board blog yg general…
        btw, ramai yg baca blog komen ko ni gaji diorang dari 10k sebulan…tak termasuk gaji isteri….cuma diorang tk keypoh je…

        ps: mamat udemg ni kalau masuk kpg, mesti hidung kembang sbb dia rasa mcm menteri masuk kpg. tp dia tk sedar penoreh getah kt kpg yg duduk umh papan seminggu income rm10k sebab ada ladang besar, cuma duduk kt kpg ja.


      • udemg,

        gaji ko 4k jek?
        alhamdulillah bersyukur aku~

        btw, kawan aku yg pakai kete conti pn relax je psl proton.
        psl low end torque problem kt campro0 pn dia xkesah, siap ajar aku lg cmne nk drive enjin cmtu.


    • xsalah nak kata yg kete lain lg bgs, kete proton xbgs, xcantik n etc. Mcm aku ckp sblm nih,hak masing2,tp jgn ler sampai ckp designer bangang n etc. Xslh nk bgtau ko byk duit,ade kete mcm2 n etc, aku tumpang gembira ada jugak umat islam kat malaysia yg pendapatan average 8k satuhari@ average rm240 k sebulan@rm 2.84 juta stahun,tp jgn ler perlekehkan org yg yg xberkemampuan mcm ko,yg beli prtn@perodua, coz kita bersyukur ngan rezeki tuhan bg. Ada yg xda kete langsung,nk beli moto pun xmampu. Tp,ini peringatan sama2lah, alang2 gaji@pendapatan dh byk, jgn lupe bayo zakat pendapatan, i.allah, gaji kita bersih nk mkn satu family. Utk renungan bersama.

      Di blog nih,xpernah nak halang org bg pandangan, cume provokasi, hina menghina hendaklah kita sama hindari. Cume kekadang, yelah, dh provoke mcm2, ada juga panas n terlepas ckp. Kite nih manusia,kdg2 terlepas jugak. So,lets bygone be bygone. Kita sama2 jd org dewasa yg berhemah dlm memberi komen, klu bleh,bg ngan facts n figure, bukan ckp point petik atas langit, nk kritik,dipersilakan, tp jgn mengutuk@menghina dgn bahasa xsesuai.

      Akupun sama nak minta maaf kat semua,yelar,kita xterlepas dr buat kesilapan. Yg penting skrg,kite bantu bro nazz. Salam


    • hanya Allah yg memberikan kita rezeki… bukan tmpt kita bekerja yg bagi rezeki… apa yg diusahakan oleh bro Nazz, adalah additional step yg jarang atau tak pernah dibuat oleh SA yg lain.. info yg diberikan mengenai produk Proton menunjukkan sokongan & komitment kpd tempat beliau bekerja.. walaupun kadang2 sy tgk amat membahaya.. (leak pict, P&C info)..

      dulu, saya pernah ke showroom masa Savvy dilancarkan, one of the SA ni cakap Savvy pakai platform Tiara,.. sungguh memalukan kalau pelangan lagi sathu dari SA…


  • Kalo dilihat spesifikasi yang ade kat P321a ni dah byk keta import ade feature tersebut. Bukannya proton yang pioneer benda tuh. Cuma yang membezakan harga die yang lg murah dari keta mewah tp dpt spec yg hampir sama wlaupun kualiti mgkin masih jauh lagi. (So there are no much hype about the car but the price does.. that’s all). Ape susah sgt nak takut stratergi or design kena curi. Semuanya dah available to other company cuma nak pick mana satu nak masuk dalam P3 ni.. Tp x taula kalo sbb burukkan brand lain dlm slide tu issue nye..
    Apa pun P321a ni sudah terlalu lama sgt org tunggu nak keluar. (One of the culprit suppose be the CFE engine itself. Initial plan early 2011 launch but drag until 2012) tu pun untuk exora bold yg dlm keadaan terpaksa rela dilancarkan juga sbb sudah terlalu lama delay and org dah bising..(Everything is behind schedule..PM goal review should have turned red in scorecard.)
    Kesimpulannya..aku dah bosan menunggu..hanya sebab sebiji p321A globar car ni je pun..sedangkan kat luar tuh dah berlambak2 kereta baru import dilancarkan..tp di Malaysia yang cuma satu nih jer..the one only..blom nak kuar lg pun dah jadi issue..nak kuar teaser pun apatah lg..sampaikan forte dh 2x facelifted..sampai terkuar K5 pun P321 ni x lancar2 lg..Mgkin selama ni aku terlalu mengharap sgt kot..aduhai!!!


    • ada proton kisah hang bosan menunggu ke tak? aku pun tak kisah. takdak sapa paksa hang pun. anyway mamt udemg yg kuwang aja tu.. kalo aku jumpa kat tengah jalan… wajib aku lempang tahap gaban 5 kali.. mehehe


    • psl slide tu aku xde masalah.
      slide utk utk edaran dalaman, so comparison amat perlu.

      cfe kuar lmbt ke cepat ke aku xkesah.
      biar lmbt asal selamat.

      marketing pn 1hal juga. lembab. iklan kurang.


    • wat je iklan pendek kat radio ….. bc feature dia yg bole bg bgtau melalui audio …cth push start stop button – bunyi button ditekan…cfe – bunyi enjin…anti-trap window- bunyi tingkap naik…bunyi beep beep klu tak tutup pintu…dll

      takkan takde apa2 kot, nak sebulan lagi kuar at least ada la intro sikit2


  • Salam semua.. So pasnih hati2 la k.. Kalau ade gambar pun blur2 kan la k.. Setiap hari aku baca blog ni & baca komen2 korang.. Seronok baca.. Banyak information.. Tapi bila banyak leak aku pun jadi risau.. Sebab penah jadi 1 kes dulu.. mase Gen 2 belum launch lagi.. So pasni hati2 k.. =)

    Kat bawah ni daripada Gen2 punye wikipedia.

    ———————————-
    Pre-launch Controversy

    Shortly prior to its launch on February 2004, a well-publicized leak of the Gen.2’s undisguised photos taken in the factory were leaked into the internet. The source of the leak was an anonymous user of Autoworld.com.my, who posted the said pictures in the website’s photo album section. The incident prompted Proton to lodge a police report, which saw Autoworld’s then-editor Chips Yap called in to provide information for investigation.
    ——————————–

    Setahu aku Chips Yap ni legendary editor kat Motortrader sekarang ni.. =)


  • kalau tindakan bro nazz ni salah dari segi etika ,harap proton dan drb boleh maafkan beliau,…mungkin bro nazz nak rancakkan marketing proton tapi kurang kene pada tempatnya…for pengurusan proton edar dan proton,DSZ maafkanlah beliau,ini jadi pengajaran utknya…for proton buatlah teaser p3 ni kat tv..biar orang semua tau kemunculannya hampir tiba.


    • Selepas ini jadi bertambah slowla news psl P3 ni kat blog dan forum. Dan lama kelamaan akan jadi boring dan malas nk menanti pelancaran nya. Hi proton masyarakat kat luar dah penat tlg mengheboh2 and create buzz psl kereta global ni tapi anda wat dek je dan x rs hargai sikit pun..jgn jadi sombong plak nanti sudahla…


  • kepada sdra Nazz – P1 Glenmarie (@ sesapa je) yg dlm gundah gulana,tenangkn hati & diri dgn amalkn baca dan faham surah ورة الشرح (surah 94).dengan iziNya moga aman.


  • Salam Bro Nazz,

    Banyak2 istifar أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ dan

    doa nabi yunus:-

    لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

    mudah mudahan allah mengeluarkan kita dari kesusahan sebagaimana dia melepaskan kesususahan kita yang lalu.

    Regards

    Nadzri M Yusof

Leave a Reply