ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perjalanan dari bandar ke kampung tidak dibenarkan

Berita Tempatan

Views

Semalam Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, mereka yang terkandas di kampung dibenarkan untuk membuat permohonan perjalanan pulang ke kediaman masing-masing termasuk di ibu kota. Namun katanya, mereka yang berada di bandar tidak dibenarkan sama sekali untuk pulang ke kampung lebih-lebih lagi menjelang Ramadan.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Astro Awani melaporkan, Ismail Sabri menjelaskan ada pihak yang keliru, namun beliau sekali lagi menegaskan pergerakan dari bandar ke kampung tidak dibenarkan buat masa ini, hanya yang ingin pulang dari kampung ke bandar sahaja yang dibenarkan, namun perkara itu masih belum diputuskan dan perlu dibincang dengan semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan (KKM).

Jelas beliau, mereka yang mahu melakukan perjalanan luar daerah itu perlu membuat permohonan menerusi aplikasi GerakMalaysia atau ke balai polis berhampiran bermula 25 April ini. Ia bertujuan untuk mengumpul maklumat yang jelas berhubung jumlah mereka yang ingin melakukan pergerakan dari kampung ke Kuala Lumpur atau mana-mana bandar lain.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Kata beliau, selepas mendapat segala maklumat, pihaknya akan menyerahkan kepada KKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk berbincang. Pihaknya menjangkakan maklumat diperolehi daripada PDRM selewat-lewatnya pada 1 Mei ini.

Tambahnya, jika semua pihak bersetuju untuk benarkan pergerakan ini, pihaknya akan sediakan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagaimana cara nak pastikan tiada pergerakan yang besar ke ibu kota.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply