ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perjalanan rentas negeri – Esok untuk Kuala Lumpur sahaja

Berita Tempatan

Views

Dalam sidang media harian Majlis Keselamatan Negara (MKN) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi memaklumkan, perjalanan merentas negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia mulai esok dikhususkan untuk yang terkandas di Kuala Lumpur pulang ke kediaman mereka di negeri lain.

Menurut Harian Metro, Ismail Sabri berkata, selain membenarkan orang ramai yang keluar dari Kuala Lumpur, kebenaran juga diberi kepada yang mahu mengambil keluarga mereka di kampung untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur. Tambahnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui aplikasi Gerak Malaysia menetapkan empat hari mulai esok sehingga Ahad (10 Mei) bagi membolehkan pergerakan rentas negeri.

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

Jadual untuk perjalanan rentas negeri adalah seperti berikut:

  • 7 Mei 2020 – Dari Kuala Lumpur untuk pulang ke kediaman masing-masing di negeri lain di Semenanjung
  • 8 Mei 2020 – Dari Perak, Johor dan Kelantan
  • 9 Mei 2020 – Dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
  • 10 Mei 2020 – Dari Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu

Beliau berkata, pada tarikh pergerakan ditetapkan, tiada kemudahan makanan disediakan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sepanjang lebuh raya yang dilalui. Katanya, surau sepanjang lebuh raya juga akan ditutup, dan orang ramai tidak dibenarkan bersolat di kawasan lapang atau bangunan sekitar R&R.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Tambah beliau, hanya kemudahan tandas awam beroperasi di lebuh raya. Kawasan letak kereta hanya untuk tujuan rehat dan pengguna yang singgah tidak dibenarkan keluar dari kenderaan masing-masing, kecuali untuk menggunakan tandas awam.

Stesen minyak di lebuh raya pula hanya beroperasi jam 6 pagi hingga 12 tengah malam. Selain itu beliau turut menegaskan yang pengguna juga dilarang membuat pergerakan secara berkumpulan sepanjang lebuh raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply