ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Perkembangan semasa Proton

Views

Sejak kebelakangan ini selepas pengumuman DRB-HICOM ingin mencari Rakan Strategik Asing yang termaktub dalam syarat pinjaman mudah RM1.5 bilion dari Kerajaan Malaysia, agak sunyi informasi mengenai Proton. Kami pun tidak mendapat apa apa perkembangan terkini yang mengujakan kerana buat masa ini Proton hanya menumpukan untuk memilih jodohnya yang sesuai. Difahamkan banyak projek pembangunan model serta enjin baharu berehat buat seketika dan kini PSA Group dikhabarkan bersendirian membuat bidaan selepas Geely menarik diri.

Untuk tahun ini berkemungkinan Proton memperkenalkan tiga model naik taraf, Iriz, Preve dan Exora. Untuk model Iriz segala penghalusan yang telah dibuat pada model adik sedannya, Persona termasuk penggunaan tiga tapak enjin akan digunakan selain sedikit perubahan kosmetik luaran. Untuk model Preve dan Persona yang sedang dimamah usia pula, akan ada penambaikan sedikit di bahagian luaran selain perubahan di ruang dalaman bagi memberi aura keremajaan sedikit kepada model tersebut.

Namun, tiada berita mengenai bilakah model model ini akan diperkenalkan, mungkin selepas Proton dah mendapat Rakan Strategik Asing baharu selewat-lewatnya pertengahan tahun ini atau salah satu daripadanya akan muncul lebih awal. Apapun kita nantikan berita terkini lagi sensasi terbaharu Proton dari semasa ke semasa, tunggu!

* Foto dia atas adalah hiasan semata-mata (hasil rekaan Proide_designstudio)

KLIK UNTUK BESARKAN

preve fl - impresi artis

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

9 Comments

Leave a Reply