ARKIB

KATEGORI

Buletin

Permintaan EV dijangka meningkat sebelum pengecualian duti tamat – Penganalisis

Berita Tempatan

Views

Pengecualian duti import dan eksais ke atas kenderaan elektrik (EV) diimport sepenuhnya (CBU) dijangka tidak akan dilanjutkan selepas ia tamat pada akhir tahun depan.

Menurut penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Syahril Hanafiah, ini berdasarkan kepada ketiadaan sebarang berita mengenai pengecualian berkenaan dinyatakan di dalam Belanjawan 2025 yang diumumkan baru-baru ini.

“Oleh itu, permintaan EV dijangka meningkat sebelum tempoh pelepasan cukai jualan berakhir. Sebagai makluman pelepasan duti eksais dan cukai jualan bagi EV yang dipasang dalam pasaran tempatan (CKD) akan tetap dikuatkuasakan sehingga akhir 2027.

“Dalam masa sama, Perodua sedang berbincang dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) supaya model kereta EV pertamanya berharga bawah RM100,000 dapat dilancarkan.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

“Dengan munculnya kereta EV pertama Proton, e.MAS 7, dalam pasaran baru-baru ini, di samping EV keluaran Perodua menjelang akhir 2025, kami percaya pihak kerajaan mungkin akan memperkenalkan insentif-insentif bagi menggalakkan pemasangan EV jenis CKD dalam pasaran tempatan,” katanya dalam nota penyelidikannya hari ini.

Dalam pada itu Syahril berkata, persaingan semakin sengit dalam segmen kenderaan bukan kebangsaan dengan jenama kereta baharu khusus daripada syarikat pengeluar kereta China yang membanjiri pasaran.

Tawaran potongan harga besar menjadi pendekatan terkenal yang diambil dalam kalangan syarikat baharu sehingga menyebabkan jenama sedia akan turut sama mengikut langkah mereka demi menjaga penguasaan pasaran, katanya.

“Sehubungan itu, kami menyedari bahawa sesetengah pembeli mungkin akan menangguhkan pembelian bagi mendapatkan potongan harga lebih besar daripada jenama bukan kebangsaan yang sedia ada dan baharu.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

“Hal ini menyebabkan keadaan segmen kereta bukan kebangsaan menjadi tidak menentu. Walaupun EV tidak terlepas daripada terkena tempias persaingan dengan kemunculan model kereta baharu, kereta jenis ini tetap tidak mendapat sambutan ramai kerana harganya yang mahal dengan model jenis CBU terikat pada harga lantai sebanyak RM100,000,” katanya.

Tambah beliau, pendirian mereka tetap sama iaitu sektor ini mungkin merosot dari segi jumlah jualan kereta akibat kitaran perniagaan automotif.

“Justeru itu, jumlah keseluruhan industri (TIV) suku keempat 2024 (4Q24) boleh jatuh tahun ke tahun (YoY) berikutan tunggakan tempahan jualan yang menurun walaupun 4Q selalunya kukuh (berbanding suku-suku lain) kerana pengeluar kereta berusaha keras untuk membuat penghantaran jualan lebih sebelum akhir tahun ini.

“Perodua mungkin terkecuali kerana penawarannya yang lebih mampu milik dan berkualiti biarpun pada harga lebih murah. Jenama bukan kebangsaan pula terus berdepan dengan persaingan sengit akibat kemunculan syarikat baharu.

“Bagi TIV 2024, andaian kami masih 790,000 yang menandakan penurunan TIV 8.0 peratus YoY pada separuh kedua ini,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply