ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Ativa dilancarkan – Harga bermula dari RM61,500 sehingga RM72,000

Berita Tempatan

Views

Yang ditunggu-tunggu telah tiba! Akhirnya, model SUV kompak terbaharu Perodua Ativa telah selamat dilancarkan secara maya malam ini.  Tiga varian ditawarkan iaitu X, H dan AV dengan harga atas jalan sebelum insurans termasuk pengecualian cukai jualan bermula dari RM61,500 hingga RM72,000 di Semenanjung Malaysia.

Harga tersebut lebih rendah daripada harga tentatif RM62,500 hingga RM73,400 yang telah diumumkan sebelum ini, dan sah sehingga pengecualian cukai jualan kerajaan berakhir pada 30hb Jun nanti. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, setakat ini kira-kira 5,000 tempahan bagi Ativa telah diterima sejak ianya dibuka pada 19hb Februari lalu.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, D55L merupakan model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build, menerajui gaya, keselamatan, teknologi, tahap kelengkapan dan juga nilai bagi pengeluar kereta nasional kedua itu.

Tambah beliau, Ativa berasal daripada Bahasa Portugis yang bermaksud ‘aktif’, dan pihaknya percaya bahawa setelah anda memandu uji Perodua Ativa, anda akan yakin bahawa model ini sesuai dengan gaya hidup aktif di bandar yang dialami ramai kini.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Ativa merupakan kenderaan cas turbo dan model pertama Perodua yang menggunakan Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT) selain memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2 paling mampu milik di Malaysia. Semua teknologi ini menyumbang kepada kecekapan bahan api sehingga 18.9 km/l, menjadikannya Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) kelima Perodua.

Buat julung kalinya, sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) 3.0 membuat kemunculan Ativa an ianya terdapat pada semua varian. ASA 3.0 berfungsi pada kelajuan yang lebih tinggi (sehingga 120 km/j untuk kenderaan dan sehingga 60 km/j untuk pejalan kaki) berbanding sistem ASA 2.0 semasa, dan kini boleh mengesan kenderaan dua roda serta berfungsi pada waktu malam.

Berikut adalah perincian secara ringkas Ativa (D55L) mengikut varian:

Varian X

  • Enjin 1.0 liter Turbo yang digandingkan bersama transmisi boleh laras berterusan (D-CVT), kecekapan bahan api 18.9 km/l.
  • Lampu hadapan LED (boleh menyala dan padam secara automatik dengan ciri lampu tinggi automatik)
  • Rim aloi 16-inci
  • Tayar saiz 205/65/R16
  • Paparan meter jenis analog
  • Sistem infohiburan jenis standard dengan sambungan Bluetooth dan HDMi
  • Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA 3.0) yang terdiri daripada Amaran dan Pencegahan Keluar Lorong
  • Penderia sisi belakang
  • Enam beg udara, Brek Anti Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD) dengan Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Isyarat Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Mendaki (HHA) dan ISOFIX.
  • Pilihan warna – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43) dan Cobalt Blue (B79)
  • Harga atas jalan tanpa insurans (tentatif) untuk Semenanjung Malaysia – RM61,500 (Metalik)

Varian H (Tambahan spesifikasi dari Varian X)

    • Lampu hadapan LED jenis adaptif (pancaran cahaya mengikut belokan stereng)
    • Rim aloi 17-inci rekaan 5 jejari berkembar dengan kemasan dwitona
    • Tayar saiz 205/60/R17
    • Paparan meter pelbagai maklumat jenis digital dengan skrin TFT bersaiz 7-inci
    • Paparan unit infohiburan jenis terapung bersaiz 9-inci
    • Butang kawalan pada stereng
    • Lampu kabus jenis LED
    • Lampu signal jenis LED dengan nyalaan berturutan
    • Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) yang terdiri daripada Amaran dan Pencegahan Keluar Lorong
    • Penderia sisi depan dan belakang serta kamera undur
    • Pilihan warna – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43), Cobalt Blue (B79), Pearl Diamond White (W25) dan Pearl Delima Red (W75)
    • Harga atas jalan tanpa insurans (tentatif) untuk Semenanjung Malaysia – RM66,100 (Metalik), RM66,600 (Metalik Khas)

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Varian AV (Tambahan spesifikasi dari Varian H)

      • Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) yang terdiri daripada Amaran dan Pencegahan Keluar Lorong, Kawalan Kekal Lorong, Pemantau Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang dan Kawalan Jelajah Adaptif.
      • Kemasan tempat duduk kulit kombinasi hitam dan merah
      • Pilihan warna – Glittering Silver (S28), Granite Grey (S43), Cobalt Blue (B79), Pearl Diamond White (W25), Pearl Delima Red (W75), Pearl Diamond White Dual Tone (XJ3) dan Pearl Delima Red Dual Tone (XJ2)
      • Harga atas jalan tanpa insurans (tentatif) untuk Semenanjung Malaysia – RM71,200 (Metalik)RM71,700 (Metalik Khas) dan RM72,000 (Dwitona)

Ativa (D55L) bakal ditawarkan dengan aksesori GearUp sebagai pilihan dan didatangkan dengan waranti selama lima tahun atau 150,000 km.

Berikut adalah pakej aksesori GearUp termasuk harga:

      • Kit badan Blaze – RM2,500 (Semenanjung Malaysia), RM2,563 (Malaysia Timur)
      • Sarung tempat duduk Blaze – RM800 (Semenanjung Malaysia), RM815 (Malaysia Timur)
      • Pelindung bampar belakang – RM140 (Semenanjung Malaysia), RM143 (Malaysia Timur)
      • Scuff plate LED – RM260 (Semenanjung Malaysia), RM264 (Malaysia Timur)
      • Pencahayaan lantai – RM240 (Semenanjung Malaysia), RM244 (Malaysia Timur)
      • Jaring bagasi – RM30 (Semenanjung Malaysia), RM31 (Malaysia Timur)
      • Penebat hud – RM80 (Semenanjung Malaysia), RM81 (Malaysia Timur)

Berikut adalah pakej utiliti GearUp termasuk harga:

    • Visor pintu, Talam bagasi dan Alas kaki – RM360 (Semenanjung Malaysia), RM368 (Malaysia Timur)

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply