ARKIB

KATEGORI

Berita Automotif

Perodua Axia dilarikan penyewa sejak 12 Mei berjaya ditemui

Berita Tempatan

Views

Seorang pengusaha perkhidmatan kereta sewa di Bukit Beruntung lega apabila kereta jenis Perodua Axia miliknya yang dilarikan seorang penyewa sejak 12 Mei lalu berjaya ditemukan semula dalam keadaan baik.

Menurut Sinar HarianMuhammad Nizamuddeen Mohd Abd Kadzar, 27, berkata, selepas kehilangan keretanya tular di media sosial, pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam bahawa kenderaan itu berada di Tanah Merah, Kelantan.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Menurutnya, dia bersama adiknya bergegas ke Tanah Merah sekitar jam 5 pagi Jumaat dan berjaya mengesan kenderaan itu sekitar jam 11 pagi. Namun, kenderaan tersebut tidak dipandu oleh penyewa asal, sebaliknya oleh seorang lelaki berusia 40 tahun yang mendakwa telah membeli kereta itu dengan bayaran deposit sebanyak RM1,500.

Lelaki itu memaklumkan bahawa kereta itu ‘kereta sakit’ dan akan menyambung bayaran ansuran selepas urusan dokumen kenderaan itu diperoleh daripada pihak yang menjual kereta berkenaan. Muhammad Nizamuddeen berkata, kenderaan tersebut bagaimanapun telah diubah suai kepada cermin gelap selain nombor plat kenderaan juga ditukar kepada saiz kecil.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Sementara penyewa asal pula tidak dapat dikesan namun dipercayai masih berada di sekitar Kelantan bersama anak perempuannya. Kenderaan tersebut telah dibawa ke balai polis berhampiran untuk laporan dan akan dibawa pulang selepas urusan berkaitan selesai.

Ditanya sama ada pihaknya ada memasang sistem kedudukan global (GPS) pada kenderaan sewa itu, Muhammad Nizamuddeen berkata, kereta itu mempunyai alat keselamatan itu namun tidak berfungsi. Alat pengesan itu dipercayai telah dicabut oleh penyewa itu sebelum menjualnya kepada individu tidak dikenali.

Katanya lagi, dia bersyukur kereta itu telah ditemui semula dan berharap pengusaha kereta sewa lain lebih berhati-hati bagi mengelak insiden sama menimpa mereka. Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan mengenai seorang lelaki berusia 38 tahun dan beralamat di Batu Caves dicari kerana dipercayai melarikan kenderaan berkenaan sejak 12 Mei lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply