ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Axia STYLE buat kemunculan sulung di Sri Lanka

Berita Global

Views

Varian ala crossover terbaharu dari Perodua, Axia STYLE membuat kemunculan sulungnya di Sri Lanka sempena Pameran Motor Colombo Seylan yang berlangsung di Bandaranaike Memorial International Conference Hall dari 8hb-10hb November ini.

Wakil pengedar Perodua di negara tersebut, Unimo Enterprises turut membuka tempahan untuk varian baharu ini di pameran tersebut dengan harga jualan Rs 3.895 juta (RM89,000*). Penghantarannya pula dijangka bermula awal tahun hadapan.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Sri Lanka merupakan pasaran luar negara terbesar bagi jenama Perodua dan model Axia menerima sambutan menggalakkan dengan jualan kira-kira 3,000 unit sejak 2015. Justeru ia sesuai sebagai destinasi eksport pertama bagi varian Axia STYLE baharu ini.

Katanya, Axia STYLE yang dilengkapi bumper bersama plat gelincir, pelapik badan, kemasan bumbung, spoiler belakang dan rim aloi lima-jejari 15-inci mencerminkan gaya hidup aktif pemiliknya di samping mengekalkan ciri-ciri praktikaliti, kecekapan bahan api, ruang dalaman yang luas serta mudah dipandu.

Sejak pelancarannya pada September lalu, lebih 2,000 unit varian baharu telah diserahkan kepada pemiliknya di Malaysia, manakala secara keseluruhan Axia 2019 telah mencapai jualan lebih 10,400 unit daripada lebih 20,000 unit tempahan yang diterima setakat ini.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Unimo Enterprises En Mahesh Gunathilake pula berkata, permintaan untuk SUV dan crossover mula menunjukkan peningkatan di pasaran antarabangsa dan mereka menjangkakan trend yang sama di negara tersebut.

Menurutnya, model baharu ini menawarkan penampilan crossover yang aktif dan bergaya dalam satu pakej yang kompak, cekap bahan api, boleh dipercayai dan memberikan nilai yang baik. Tambahnya, mereka percaya rakyat Sri Lanka akan menyukai kenderaan ini. Unimo Enterprises telah menjual hampir 16,000 kenderaan Perodua sejak 1997.

Barisan model mereka kini terdiri daripada Axia dan Bezza. Perodua Bezza merupakan sedan bawah-1.0 liter baharu yang terlaris di Sri Lanka. Perodua mensasarkan eksport sebanyak 3,270 kenderaan untuk 2019 – peningkatan 50 peratus daripada 2,184 unit tahun lalu. Lebih 80,000 unit kenderaan Perodua telah dijual di luar Malaysia setakat ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply