ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua bantu pemilik kenderaan yang menjadi mangsa banjir

Berita Tempatan

Views

Perodua menawarkan bantuan, termasuk rebat perkhidmatan tunda kenderaan, diskaun ke atas alat-alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma kenderaan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir.

Setakat 19 Disember 2021, beberapa bahagian di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang telah terkesan akibat banjir.

Menurut Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, para pelanggan amat penting buat Perodua dan perkhidmatan tambah nilai ini disediakan bagi membantu meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh mereka semasa bencana ini.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Walaupun beberapa pusat servis Perodua turut terjejas akibat banjir, para pelanggan amat dialu-alukan untuk merujuk mana-mana cawangan perkhidmatan yang lain di seluruh Malaysia bagi mendapatkan bantuan.

Tambah beliau, pihaknya sedang melakukan yang terbaik untuk menyambung semula operasi mereka (di kawasan terjejas) secepat mungkin.

Mengenai bantuan yang diberikan, pelanggan Perodua boleh membuat tuntutan untuk perkhidmatan menunda kenderaan maksimum sehingga RM100 di pusat servis Perodua berhampiran mengikut kepada terma dan syarat.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Selain itu, Perodua juga turut menawarkan diskaun 20 peratus untuk alat-alat ganti terpilih kepada pemilik Perodua yang kenderaan mereka rosak akibat banjir.

Ujar beliau, alat-alat ganti tulen Perodua disertakan dengan jaminan pengeluar dan pihaknya meminta para pelanggan untuk tidak menggunakan sebarang alat ganti tiruan kerana ini boleh menjejaskan prestasi kenderaan mereka.

Alat-alat ganti tersebut termasuk semua barangan elektronik, gasket baik pulih enjin, tempat duduk kenderaan, kemasan pintu dan alas kaki.

Pelanggan Perodua, yang kenderaannya mengalami kerosakan akibat banjir digalakkan untuk menghubungi talian perkhidmatan pelanggan bebas tol Perodua di 1-800-88-5555 untuk bantuan menunda (tertakluk kepada terma dan syarat).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Lie Sabdin

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply