ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua beri sumbangan kepada Rumah Clement Bayang

Berita Tempatan

Views

Pada hari kedua konvoi Perodua Aruz TransBorneo yang kini sedang menjelajah Malaysia Timur, mereka telah berkunjung ke Rumah Clement Bayang bagi menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan kepada 20 keluarga yang tinggal di sana.

Acara tersebut turut dibantu oleh wakil jualan dan servis sah Perodua, Otostabil Sdn Bhd dan telah menyerahkan barangan keperluan seperti beras, minuman malt coklat, minyak masak dan peti pertolongan cemas kepada lebih kurang 100 orang penduduk di rumah tersebut yang mana nilai keseluruhan sebanyak RM3,000.

JOM BACA >> Laporan portal atas talian mengenai kos servis Perodua Bezza tidak tepat – Dr. Zahari Husin

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua , Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata sebagai sebuah syarikat tempatan yang mengutamakan insan, mereka begitu komited untuk memberi sokongan dan membantu rakyat Malaysia, pada bila-bila masa walau di mana sahaja

Perodua juga berharap agar sumbangan ini dapat meringankan beban penduduk Rumah Clement Bayang dalam menjalani kehidupan seharian. Konvoi Perodua Aruz TransBorneo telah berlepas dari Kuching semalam. Konvoi dengan enam unit Aruz akan menjelajah sehingga ke Tawau, mengambil masa selama 7 hari dengan jarak perjalanan kira-kira 1,500 km bermula dari 16-22hb Mac.

Di sepanjang penjelajahan, pasukan konvoi akan singgah di bandar-bandar utama termasuk Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Ranau dan Sandakan untuk bertemu dengan komuniti dan pihak berkuasa tempatan bagi memperkenalkan serta memberi pengalaman pemanduan SUV baharu Perodua kepada mereka.

JOM BACA >> Proton Persona facelift tampil lebih bergaya – Tempahan atas talian dibuka mulai esok

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply